Saturday, October 25, 2014

Mid Sem Break

ASSALAMUALAIKUM

Baru hari ni aku dapat update pasal cuti sem 1 padahal dah seminggu lebih aku start cuti. Bukan apa, agak malas nak bercerita. Sekarang baru ada sikit rajin. Tapi apa yang hendak diceritakan pun, aku tak tahu.

Last paper final hari tu 16/10. Sama tarikh dengan birthday bestfriend aku Intan Noorazreen. Aku belum jumpa dia lagi sejak aku balik cuti sem ni. Dia belum cuti lagi. Tengah final exam. Bila dia balik nanti, memang aku nak ajak dia keluar je. Bosan sangat cuti sem ni. Sebulan lebih. Aku jadi driver je, hantar ambil adik aku balik sekolah. Nak keluar pun, kawan ramai tak cuti lagi. So aku tunggu intan cuti sem. Mula mula plan nak kerja time cuti sem ni tapi sekejap sangat cutinya. Cuti sem 2 nanti agak panjang so insyaAllah aku kerja. Kebosanan tahap apa tah aku duduk rumah ni.

Aku tak nak cerita pasal paper final tu. Takut sangat nak tunggu keputusannya. Aku nak cerita pasal hari terakhir aku jumpa Ara.


Aku rindu sangat kat Ara. Kalau boleh, nak ikut dia pindah Tapah. Hari tu dia balik Ipoh sehari lepas habis final, 17/10. Aku ingat nak spend time laa malam last kat situ dengan dia but ada hal yang buat aku tak boleh spend malam terakhir tu dengan dia. Ya Allah, terkilan sangat sebenarnya. Sedih kecewa semua ada. Aku sempat jumpa dia pagi 17 haribulan tu before ayah dia ambil dia. Dia sempat lagi bagi hadiah and nota kecil untuk aku and nani. Aku tak beli pape pun untuk dia. Sedih sangat :'( . Tak tahu laa bila lagi dapat jumpa Ara. Nani tu aku akan jumpa lagi masa nak masuk sem 2 nanti sebab aku ada tinggal barang barang aku kat rumah dia. Masa aku kat Perlis nanti pun, aku boleh pergi rumah Nani hari hari. Yang ara ni, dia pindah uitm Tapah. Bila masa aku nak pergi sana? Hmm harap dapat jumpa Ara lagi. Ya Allah, aku tinggalkan sahabatku ini dibawah jagaan-Mu. Lindungilah dia dimana pun dia berada. Amin.










Sekarang aku nak cerita tentang member baru. Orang baru dalam hidup aku. Ecewahh ayat. Aku pun tak ingat start bila aku rapat dengan mereka ni. Tengok gambar atas ni. Yang bertudung coklat tu nama manjanya Lily. Sebelah dia Rahmat. Nak panggil rahmat mega pun boleh. Hahahaha *tak lawak . Okay nak dijadikan cerita, aku kenal mereka berdua sejak aku masuk Kelab Pentas Digma UiTM Perlis. Lily jadi SM (Stage Manager) and rahmat jadi pelakon (Hadi Muda) and aku (Senah) *tetiba . Then kalau korang tengok gambar gambar kat atas tu, ada lagi 2 orang lelaki yang tak dikenali right? Mehh aku kenalkan. Yang dalam gambar dengan aku pakai baju stripes tu nama manjanya Ayie. Nama panjang Ahmad Farriz Mahd Shah. Mana datang nama ayie tu pun aku tak tahu. Suka hati dia laa kan. Aku kenal ayie ni since aku join lily and rahmat lunch kat cafe kesinai. Dia ada sekali time lunch tu, since tu aku kenal dia. Dalam gambar first tu, lelaki pakai baju merah. Ammar Danial Mat Shaid *sorry ammar kalau salah . Just call him Ammar. Aku start kenal ammar ni pula daripada kawan kelas dorang, nama nasri. Time tu nasri ajak dinner then nasri bawa ammar ni.

Aku start rapat dengan dorang semua ni time study week. Time study week tu kan class semua dah habis. So kitorang selalu lunch sama, dinner sama. Hari hari laa sebenarnya jumpa. Yang bestnya, lepas je lunch kat cafe kesinai, kami mesti keluar dari UiTM. Ambil teksi and pergi laa arau. Jalan sana, jalan sini padahal ada paper lagi time tu. Gaya macam dah habis final. Rare tak?

Gambar yang aku dengan ayie pakai baju stripes tu sehari sebelum paper pre calculus. Paper last sekali. Nampak tak kitorang bawa beg tu? Haa, nak pergi study laa tu. Rajinnya? Jangan mudah terpedaya. Kami time tu study berempat je. Aku, ayie, rahmat and lily. Ammar sedap mimpi dalam bilik rasanya. Start study lepas lunch. Faham faham laa bila dah lunch ni, perut kenyang, nampak bantal katil je. Study sejam lebih je. Tu pun aku rasa 3 4 soalan je aku buat. Lepas tu lily ajak keluar. Otak dah tepu katanya. Masing masing lemau. So apa lagi, ambil teksi, keluar laa. Gambar tu diambil time kami nak jalan pergi tempat teksi laa tu. Study sejam lebih, keluar uitm sampai petang. Pukul 6 baru balik. Sampai je arau, ayie berkata "weh sampai sini baru aku teringat esok exam pre cal weh. Pre cal kot esok." Ayat dia minta kaki sebenarnya -,- . Orang keluar nak hilangkan stress kejap, dia boleh ingatkan pre cal. Tapi bagus laa sebenarnya xD . Tapi ayie ikut juga kami. Acah acah cakap je dia tu.

Kami berlima aku panggil Geng Legit sebab rahmat letak nama whatsapp group kami "Legit" . Aku sayang sangat kat diorang ni. Kalau boleh tak nak pisah langsung. Tapi tak tahu laa apa jadi next sem. Harap harap still dapat jumpa and keluar hari hari. Kalau tak pun, tiap minggu pun jadi laa.

Panjang berjela pula jadinya. Tadi macam takda idea nak cerita apa. Okay stop sampai disini. Assalamualaikum.

Friday, October 3, 2014

Life !

ASSALAMUALAIKUM

September ends. Now is october. How time flies. Too fast. Sedar tak sedar aku tengah final exam sekarang. Sedar tak sedar mid sem break is around the corner. Yehuuu! Another 2 paper to go. 5 subjek je untuk final exam ni. Sekarang kat rumah sebab gap lama so spend time kat rumah laa. Mula-mula fikir macam tak nak balik sebab final exam but gap lama. Nak buat apa kat U tu lama-lama. Ramai pula tu yang balik. Mahu krikk krikk kolej tu sekarang. Fikir tak nak balik juga sebab takut tak study kalau kat rumah ni. And memang betul pun. Actually tak ada laa tak study langsung. Baru study sikit-sikit je. Next paper pada 10/10. Aku gerak balik U pula 8/10. Then 16/10 last paper then holiday! Aaaaa can't wait! Nak topup tidur. Nak topup segalanya lah senang cerita. But sedih laa tahun ni. Tahun ni akan menjadi tahun pertama aku takkan celebrate birthday aku kat rumah dengan beloved family. Sebab apa? Sebab sem 2 start 1/12. Means masa birthday aku, aku kat U laa. Mesti no cake, no present. Tak kisah pun kalau tak dapat hadiah but terkilan laa juga. Lepas ni aku akan terbiasa laa macam ni. Nih first time so faham faham laa rasa first time tu macam mana.

Actually aku tak sabar nak tunggu sem 2. Banyak benda baru aku nak buat. But sedih sangat sebab nani dengan ara dah tak ada next sem. Nani dah tak ada pun kat U sekarang. Dah blah. Last paper dia 30/9. Dia balik rumah 1/10. Ara balik sama aku nanti 16/10. Paper kami habis sama. 16/10 tu nanti pula last aku jumpa ara. Aku gerak balik rumah hari tu 30/9. Sebelum balik tu laa aku buat sesi fotografi. Tu WAJIB okay. Tuh laa last berkumpul bertiga sama. Lepas ni maybe nani boleh melawat aku kat Perlis tu, dia memang duduk situ. Yang ara macam mana? Punya jauh dia tinggalkan kami. Tapah, perak. Dari rumah aku boleh kira dekat laa Tapah tu. Kalau nani yang dari Perlis? Hang pikiaq sendiri. Tu laa life namanya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Allah pertemukan kita dengan somebody tu pun mesti ada sebabnya. Allah pertemukan aku dengan 2 orang insan yang sangat-sangat baik. No one can replace them in my heart. 2 dalam sejuta. Lepas ni mana nak cari orang macam nani and ara tu pun aku tak tau.


 Hari sukan kolej Kesinai 3. Sebelah kanan tu nani. Sebelah kiri ara.


Haa kiri tu ara. Kanan tu nani.


Time ni dorang selfie guna phone aku. Nasib ahh aku upload.


Nurhazmira Hasan. Nur Zahirah Rosudin.


Nih masa 30/9 tu. Sebelum aku gerak pergi tempat teksi. Nani sanggup siap comel comel semata-mata nak bergambar dengan aku.


Love you so much nani!


Ara pula memang dah siap sebab aku dengan ara baru habis test ctu101 time tu. Aku balik bilik awal dari ara sebab nak pack barang apa semua. Ara sampai bilik je, aku ajak bergambar.


Time majlis penutupan generasiku merdeka. Pakai baju 40 tahun UiTM.

Ya Allah, jagakan mereka untukku. Berikanlah mereka kejayaan dunia akhirat. Amin.
Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita kekal hingga Jannah.

Banyak lagi nak story but maybe next time. Gtg. Assalamualaikum.