Wednesday, April 15, 2015

Sem Break Begin

ASSALAMUALAIKUM...

Apa khabar belog comel aku ni? Lama kena tinggal. Kat kolej sana, takda masa nak updated news all the time. Busy dengan report, assignment and whatsoever. Dengan final exam nak dekat so terus lupa dengan blog ni. So now sem break dah mula and aku ada masa hari hari sampai 7 haribulan 6 untuk hupdated blog ni. Tu pun kalau tak busy jalan *jalan lah sangat

Sebelum cuti, macam macam plan dah fikir. Wayang, shopping, food hunting semua dah ready dalam kepala. But bila dah start cuti ni, tak tahu lah plan tu jadi ke tak. Aku pun tak balik Selangor lagi so plan belum boleh dilaksanakan.

Sepanjang sem 2 berlalu, aku rasa sem 2 ni terlalu singkat, terlalu pendek dan terlalu cepat berlalu. But dalam masa yang singkat tu, macam macam jadi. But aku dah jadi biasa kut sebab benda tu pernah jadi time sem 1. Ya, life kat uni ni memang penuh dengan obstacle. You will have to be strong to face it. Ragam kawan, cerewet lect, gaduh dengan group report and so on. InsyaAllah sem 3 nanti, aku akan jadi lebih matang untuk face semua tu. Masalah mematangkan kita right? 

Cuma nak cakap, sem 3 nanti makin berkurang lah classmates aku because ramai nak quit. Alasan diorang susah and tak boleh bawa course ni. Almost students yang apply and dapat course aku ni bukan sebab dorang minat course ni, dorang apply kat upu sebab nama acah acah gempak. Tu yang letak dalam list upu *same as me . But course ni no 6 or 7 dalam list upu tu. Yang tu juga lah yang dapat. But for me, memang susah. Course tough. Aku sendiri pun tak pasti adakah aku berada pada jalan yang betul. But alang alang dah nak masuk sem 3 so i will go on with this course. InsyaAllah aku boleh bawa. Bila rasa susah, ingat Allah. Ingat mak ayah. Pengorbanan mak ayah aku hantar aku dari Selangor ke Perlis ni, dengan kos tol, kos hotel, minyak lagi. Perjalanan je dah 6 jam nak ke perlis ni. So jangan biarkan pengorbanan mak ayah tu bazir macam tu je. 

Cakap banyak pula. Okay so see uolls at the next entry. 

NOTE : MASALAH MEMATANGKAN KITA 

Monday, February 2, 2015

February

ASSALAMUALAIKUM...

Dah berapa minggu dah start sem 2 nih. Setakat nih alhamdulillah aku dapat mengharungi dengan baik. Aku rasa sem 2 ni lebih baik dari sem 1. Yang pastinya aku takkan ulang kesilapan sem 1 aku. Sem 1 yang penuh dengan keseronokan. Aku tak fikir sangat nak belajar. Fikir nak seronok je sebab first time aku duduk hostel and jauh sangat dari family aku (eh perlis jauh okay)

Assignment memang bertimbun. Benda tu biasa lah. Student life. Normal lah ada assignment bagai. Tapi aku tak berapa gemar assignment group sebenarnya. Baik individu. Kalau group ni, tak sah lah kalau tak gaduh. Ada je benda tak puas hati. Maklum lah, macam macam ragam manusia ni kan.

Sem 2 ni course aku ada 3 LP (latihan praktikal). First sekali, LP engineering. LP yang ni biasa biasa je. Takde lah seronok sangat. Penat tu pasti sebab kena berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Second, LP cadastral. Yang cadastral ni paling penat bagi aku sebab sem ni kami kena cari batu sempadan kat site masing masing. Lecturer dah bagi peta so pandai pandai lah cari. Memenatkan gila nak cari batu sempadan tu. Peta pula peta lama UiTM. Dengan bawa beg penuh buku. LP cadastral ni hari khamis. Hari khamis tu pula jadual paling pack. Dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang class. So memang beg berat lah dengan buku. Then dengan kena bawa alat untuk ukur jarak, bearing dan sebagainya tu. Alat tu dua kali ganda berat dari aku. Boleh bayang? *okay propa
Yang ketiga LP astronomy. Yang ni paling aku suka! Sebab tak perlu berjalan pergi mana mana pun. Just pergi atas bukit and tunggu matahari, buat cerapan matahari. Semalam (isnin) aku siapkan 7 kertas untuk cerapan matahari tu. Aku buat berdua je dengan raihan. Okay memang bangga juga lah sebab sebelum ni kami buat 2 jam tak sampai 5 kertas pun dapat siapkan.
Ketiga tiga LP ni memang 2 jam je. Hari khamis and jumaat sahaja. Hari lain tu kami buat luar kuliah means luar waktu belajar.

Hari ni cuti sempena thaipusam but UiTM aku tak cuti pun -,- . Class pagi ni cancel sebab apa pun aku tak tahu. Lecturer ada hal agaknya. So class hari ni start 2.30 sampai 4.30 petang je. Memang aku bantai tidur pagi tadi. Terasa macam hari sabtu pulak dah.


Yang ni LP engineering. Nampak betapa happynya bila dah siap report yang pertama. Ada 3 lagi report menyusul untuk engineering.


Yang ni LP astronomy. Nampak redup kan? Matahari malu nak keluar time ni so kami 'wefie' lah while tunggu matahari keluar.


Kami dah dapat baju korporat. So now officially geomass student.


Time ni aiman (yang berdiri) and pudeng (yang duduk) buat LP astronomy luar kuliah. Aku saja pergi sana, kacau dorang pepetang. Plan nak joging kat sawah tapi dah lewat pula time tu.


Angel dengan pika pun ikut joging sekali tapi end up tolong aiman and pudeng.


 Ni LP cadastral. Penatnya mencari batu tu. So lepak tepi jalan.



Saturday, January 17, 2015

Tragedi January

ASSALAMUALAIKUM

Semalam hari sabtu bersamaan 17/1/2015 merupakan hari yang paling tragis dalam hidup aku. Excident dekat Highway Utara Selatan kilometer 53 on the way ke Pulau Pinang. Ecewahh, bunyi macam wartawan nak buat berita dalam surat khabar pulak. But benda nih realiti ye, bukan siaran televisyen yang kau tengok kat tv3 ke, tv2 tu okay.




Majoriti yang tengok gambar tu cakap teruk. Hahaha memang lah teruk. Kami langgar divider jalan. Motif kejadian tu adalah disebabkan kecuaian owner kereta yang kami pinjam tu. Tayar kereta tu dah botak. Yang drive kereta ketika kejadian tu berlaku adalah roommate aku sendiri, syafiqah. 

Sebenarnya ceritanya macam nih. Semalam aku dengan 2 orang roommates aku plan nak keluar pergi sewa kereta. Pergi lah mana mana, plan nak jalan jalan lah. Sewa kereta tu kat seorang abang ni. Abang tu cakap jangan bawa laju, bahaya katanya tapi dia tak bagitau kami tayar kereta tu dah botak. Mula-mula tu aku yang drive kereta tu but just for a while sebab kereta tu manual, Aku dah lama sangat tak drive manual so tak berani. Then syafiqah lah yang drive. Mula mula bawa tu macam biasa je. Takda rasa pape pun. Bila dah start masuk highway utara selatan, pika dah rasa lain. Stereng dah start senget padahal pika drive kat jalan lurus je. So aku suruh pika betulkan sikit stereng tu. Aku duduk sebelah pika and izza roomate aku seorang lagi tu duduk belakang. Pika pusing sikit je stereng tu, terus kami lost control. Dia dah tak dapat kawal stereng dah so kereta tu berpusing ke kiri, ke kanan then berpusing terus 360 darab 2 sebab kami berpusing dua kali kat highway tu sebelum langgar divider jalan. Pika sempat tekan brek before langgar tu so tak terlalu kuat sangat langgarnya. Alhamdulillah sangat kami bertiga tak cedera. Tak berlanggar dengan kereta lain. Kereta dari arah belakang tak terlalu dekat dengan kami and ada truck askar yang dekat dengan kereta kami tu tak terlalu laju so mereka sempat brek. Aku tak fikir apa dah lepas berlanggar tu, cuma fikir kami ada berlanggar dengan kereta lain tak. Alhamdulillah sangat takda so kami cuma perlu bayar untuk kereta tu je. 

Pika dah trauma lagi sebab dah dua kali dia drive manual, dia excident. Tak boleh nak cakap apa lah kan, benda dah jadi, Takdir. Cuma alhamdulillah sangat kami tak cedera. Duit melayang tu boleh dicari lagi, nyawa melayang, mana nak beli ? 
Lepas je kejadian tu, ade 2 3 buah kereta stop tepi jalan untuk tolong kami. Ada yang tolong tolak kereta tu ke tepi jalan then kami pergi tepi jalan. Ada yang tolong callkan plus and then pika call owner kereta. Bincang apa semua kat situ. Kami tunggu sejam lebih juga lah kat tepi jalan, tunggu owner kereta tu. Bila owner dah sampai, dia bawa kami ke balai polis kota setar. Nak buat report and claim insurans. Kalau tak claim insurans, kami kena bayar banyak sebab kereta teruk. Polis tu pun cakap macam tu, kereta teruk. Pika pula bernasib baik sebab lesen tak batal. Lesen pika tu 22 haribulan nih tamat P. Alhamdulillah polis tu masih bertimbang rasa.

Dalam pukul 9 macam tu settle kat balai, owner tu hantar kami balik uitm. Tapi before that, dia belanje kami makan nasi bujang kat sebelah matrik. Alhamdulillah lagi sebab dia belanje, aku dah lapar sangat dah time tu. So itu lah tragedi 17/1. Pengalaman pertama aku untuk 2015 ni. 

Before kejadian berlaku, see betapa happynya kami. 

 Excited sebab first time keluar sama-sama.

 Nampak, iklan gigi *tengah happy maksudnya



Nih selepas kejadian. Nampak muka aku? Betapa stressnya aku.

NOTE : Allah masih buka peluang untuk aku bertaubat dan berubah. Alhamdulillah

Thursday, January 15, 2015

Another Year For Me

ASSALAMUALAIKUM..

Dah masuk 2015 baru aku sambung updated blog. Banyak sebenarnya nak share tapi kesempatan tu takda. Masa terlalu suntuk. Maklum lah, cuti mid sem 3 minggu dah habis. Masuk sem 2 ni memang padat sangat lah jadual. Jadual hari hari pukul 8 except monday, pukul 9. Mula mula nih takde lah stress lagi sebab belum banyak assignment. But nak kena catch up balik banyak benda. Cuti mid sem tu, aku tak bawa buku balik pun. So tak study apa. Memang banyak dah lupa especially calculus. Subjek paling killer bagi aku. Sampai aku rasa nak repeat balik pre calculus sebab tak nak ambil calculus. Haa dia punya susah sampai macam tu bagi aku. 

Dah masuk 2015 nih macam macam lah azam baru aku tekad nak capai but bila fikir balik, azam tahun lepas pun tak tertunai. So azam tahun nih adalah untuk menunaikan azam tahun lepas. Yes that's it. Aku rasa tak perlu kut aku bagitau apa azam aku. Kalau dah tercapai nanti, aku akan share lah *flip hair 

Lepas cuti mid sem tu, dah takda cuti dah rasanya. Opsss ada ada. Cuti raya cina but sekejap sangat cutinya so aku decided tak balik rumah. Terus balik cuti sem bulan 4 nanti. I'm gonna miss my family so damn much! Sekarang pun tengah tanggung rindu yang membuak buak. 

Aku nak share gambar je lah sekarang ye. Boleh kan ? Kalau korang cakap tak boleh pun, aku share juga. Peduli apa *evil laugh 

Group latihan praktikal subjek engineering survey.

 Bila report dah siap, bahagia dia tu tak dapat diungkapkan lah.






NOTE : Aku tekad nak jadi lain dari tahun lepas. Azam baru