ASSALAMUALAIKUM
Semalam hari sabtu bersamaan 17/1/2015 merupakan hari yang paling tragis dalam hidup aku. Excident dekat Highway Utara Selatan kilometer 53 on the way ke Pulau Pinang. Ecewahh, bunyi macam wartawan nak buat berita dalam surat khabar pulak. But benda nih realiti ye, bukan siaran televisyen yang kau tengok kat tv3 ke, tv2 tu okay.
Majoriti yang tengok gambar tu cakap teruk. Hahaha memang lah teruk. Kami langgar divider jalan. Motif kejadian tu adalah disebabkan kecuaian owner kereta yang kami pinjam tu. Tayar kereta tu dah botak. Yang drive kereta ketika kejadian tu berlaku adalah roommate aku sendiri, syafiqah.
Sebenarnya ceritanya macam nih. Semalam aku dengan 2 orang roommates aku plan nak keluar pergi sewa kereta. Pergi lah mana mana, plan nak jalan jalan lah. Sewa kereta tu kat seorang abang ni. Abang tu cakap jangan bawa laju, bahaya katanya tapi dia tak bagitau kami tayar kereta tu dah botak. Mula-mula tu aku yang drive kereta tu but just for a while sebab kereta tu manual, Aku dah lama sangat tak drive manual so tak berani. Then syafiqah lah yang drive. Mula mula bawa tu macam biasa je. Takda rasa pape pun. Bila dah start masuk highway utara selatan, pika dah rasa lain. Stereng dah start senget padahal pika drive kat jalan lurus je. So aku suruh pika betulkan sikit stereng tu. Aku duduk sebelah pika and izza roomate aku seorang lagi tu duduk belakang. Pika pusing sikit je stereng tu, terus kami lost control. Dia dah tak dapat kawal stereng dah so kereta tu berpusing ke kiri, ke kanan then berpusing terus 360 darab 2 sebab kami berpusing dua kali kat highway tu sebelum langgar divider jalan. Pika sempat tekan brek before langgar tu so tak terlalu kuat sangat langgarnya. Alhamdulillah sangat kami bertiga tak cedera. Tak berlanggar dengan kereta lain. Kereta dari arah belakang tak terlalu dekat dengan kami and ada truck askar yang dekat dengan kereta kami tu tak terlalu laju so mereka sempat brek. Aku tak fikir apa dah lepas berlanggar tu, cuma fikir kami ada berlanggar dengan kereta lain tak. Alhamdulillah sangat takda so kami cuma perlu bayar untuk kereta tu je.
Pika dah trauma lagi sebab dah dua kali dia drive manual, dia excident. Tak boleh nak cakap apa lah kan, benda dah jadi, Takdir. Cuma alhamdulillah sangat kami tak cedera. Duit melayang tu boleh dicari lagi, nyawa melayang, mana nak beli ?
Lepas je kejadian tu, ade 2 3 buah kereta stop tepi jalan untuk tolong kami. Ada yang tolong tolak kereta tu ke tepi jalan then kami pergi tepi jalan. Ada yang tolong callkan plus and then pika call owner kereta. Bincang apa semua kat situ. Kami tunggu sejam lebih juga lah kat tepi jalan, tunggu owner kereta tu. Bila owner dah sampai, dia bawa kami ke balai polis kota setar. Nak buat report and claim insurans. Kalau tak claim insurans, kami kena bayar banyak sebab kereta teruk. Polis tu pun cakap macam tu, kereta teruk. Pika pula bernasib baik sebab lesen tak batal. Lesen pika tu 22 haribulan nih tamat P. Alhamdulillah polis tu masih bertimbang rasa.
Dalam pukul 9 macam tu settle kat balai, owner tu hantar kami balik uitm. Tapi before that, dia belanje kami makan nasi bujang kat sebelah matrik. Alhamdulillah lagi sebab dia belanje, aku dah lapar sangat dah time tu. So itu lah tragedi 17/1. Pengalaman pertama aku untuk 2015 ni.
Before kejadian berlaku, see betapa happynya kami.
Excited sebab first time keluar sama-sama.
Nampak, iklan gigi *tengah happy maksudnya
Nih selepas kejadian. Nampak muka aku? Betapa stressnya aku.
NOTE : Allah masih buka peluang untuk aku bertaubat dan berubah. Alhamdulillah
Saturday, January 17, 2015
Thursday, January 15, 2015
Another Year For Me
ASSALAMUALAIKUM..
Group latihan praktikal subjek engineering survey.
Bila report dah siap, bahagia dia tu tak dapat diungkapkan lah.
Dah masuk 2015 baru aku sambung updated blog. Banyak sebenarnya nak share tapi kesempatan tu takda. Masa terlalu suntuk. Maklum lah, cuti mid sem 3 minggu dah habis. Masuk sem 2 ni memang padat sangat lah jadual. Jadual hari hari pukul 8 except monday, pukul 9. Mula mula nih takde lah stress lagi sebab belum banyak assignment. But nak kena catch up balik banyak benda. Cuti mid sem tu, aku tak bawa buku balik pun. So tak study apa. Memang banyak dah lupa especially calculus. Subjek paling killer bagi aku. Sampai aku rasa nak repeat balik pre calculus sebab tak nak ambil calculus. Haa dia punya susah sampai macam tu bagi aku.
Dah masuk 2015 nih macam macam lah azam baru aku tekad nak capai but bila fikir balik, azam tahun lepas pun tak tertunai. So azam tahun nih adalah untuk menunaikan azam tahun lepas. Yes that's it. Aku rasa tak perlu kut aku bagitau apa azam aku. Kalau dah tercapai nanti, aku akan share lah *flip hair
Lepas cuti mid sem tu, dah takda cuti dah rasanya. Opsss ada ada. Cuti raya cina but sekejap sangat cutinya so aku decided tak balik rumah. Terus balik cuti sem bulan 4 nanti. I'm gonna miss my family so damn much! Sekarang pun tengah tanggung rindu yang membuak buak.
Aku nak share gambar je lah sekarang ye. Boleh kan ? Kalau korang cakap tak boleh pun, aku share juga. Peduli apa *evil laugh
Bila report dah siap, bahagia dia tu tak dapat diungkapkan lah.
NOTE : Aku tekad nak jadi lain dari tahun lepas. Azam baru
Subscribe to:
Comments (Atom)














