Monday, February 2, 2015

February

ASSALAMUALAIKUM...

Dah berapa minggu dah start sem 2 nih. Setakat nih alhamdulillah aku dapat mengharungi dengan baik. Aku rasa sem 2 ni lebih baik dari sem 1. Yang pastinya aku takkan ulang kesilapan sem 1 aku. Sem 1 yang penuh dengan keseronokan. Aku tak fikir sangat nak belajar. Fikir nak seronok je sebab first time aku duduk hostel and jauh sangat dari family aku (eh perlis jauh okay)

Assignment memang bertimbun. Benda tu biasa lah. Student life. Normal lah ada assignment bagai. Tapi aku tak berapa gemar assignment group sebenarnya. Baik individu. Kalau group ni, tak sah lah kalau tak gaduh. Ada je benda tak puas hati. Maklum lah, macam macam ragam manusia ni kan.

Sem 2 ni course aku ada 3 LP (latihan praktikal). First sekali, LP engineering. LP yang ni biasa biasa je. Takde lah seronok sangat. Penat tu pasti sebab kena berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Second, LP cadastral. Yang cadastral ni paling penat bagi aku sebab sem ni kami kena cari batu sempadan kat site masing masing. Lecturer dah bagi peta so pandai pandai lah cari. Memenatkan gila nak cari batu sempadan tu. Peta pula peta lama UiTM. Dengan bawa beg penuh buku. LP cadastral ni hari khamis. Hari khamis tu pula jadual paling pack. Dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang class. So memang beg berat lah dengan buku. Then dengan kena bawa alat untuk ukur jarak, bearing dan sebagainya tu. Alat tu dua kali ganda berat dari aku. Boleh bayang? *okay propa
Yang ketiga LP astronomy. Yang ni paling aku suka! Sebab tak perlu berjalan pergi mana mana pun. Just pergi atas bukit and tunggu matahari, buat cerapan matahari. Semalam (isnin) aku siapkan 7 kertas untuk cerapan matahari tu. Aku buat berdua je dengan raihan. Okay memang bangga juga lah sebab sebelum ni kami buat 2 jam tak sampai 5 kertas pun dapat siapkan.
Ketiga tiga LP ni memang 2 jam je. Hari khamis and jumaat sahaja. Hari lain tu kami buat luar kuliah means luar waktu belajar.

Hari ni cuti sempena thaipusam but UiTM aku tak cuti pun -,- . Class pagi ni cancel sebab apa pun aku tak tahu. Lecturer ada hal agaknya. So class hari ni start 2.30 sampai 4.30 petang je. Memang aku bantai tidur pagi tadi. Terasa macam hari sabtu pulak dah.


Yang ni LP engineering. Nampak betapa happynya bila dah siap report yang pertama. Ada 3 lagi report menyusul untuk engineering.


Yang ni LP astronomy. Nampak redup kan? Matahari malu nak keluar time ni so kami 'wefie' lah while tunggu matahari keluar.


Kami dah dapat baju korporat. So now officially geomass student.


Time ni aiman (yang berdiri) and pudeng (yang duduk) buat LP astronomy luar kuliah. Aku saja pergi sana, kacau dorang pepetang. Plan nak joging kat sawah tapi dah lewat pula time tu.


Angel dengan pika pun ikut joging sekali tapi end up tolong aiman and pudeng.


 Ni LP cadastral. Penatnya mencari batu tu. So lepak tepi jalan.