After 5 days ada kat
rumah sejak balik dari camp hari sabtu lepas, baru hari ni terasa rajin nak
update blog. Masih tak boleh move on dengan camp tu. One of the best camp that
I have ever been to. Kenapa aku cakap best? One of the reasons, aku pergi camp
tu bukan as students tapi as fasilitator. Actually, jadi fasilitator is not the
actual plan. Aku pergi camp tu atas sebab nak teman puan ibu aku and kebetulan
ada tempat kosong untuk aku. Sebab lain, aku dah lama sangat mereput kat rumah
sepanjang cuti sem. Camp tu untuk budak sekolah kat sekolah puan ibu aku kerja
and merangkap sekolah aku dulu lah. So seronok lah nak pergi sebab dah kenal
dengan cikgu cikgu sekolah tu and takdalah awkward. Just aku tak kenal sangat
je dengan budak budak form 4 and below sebab masa dorang masuk sesi pagi (form
2), aku dah habis sekolah so tak jumpa lah.
Untuk camp ni, ada
lagi dua orang fasi (3 termasuk aku). Dua dua lelaki and aku sorang perempuan.
Dorang pun ex sekolah tu jugak. Lupa nak bagitahu, sekolah tu namanya sekolah
menengah kebangsaan seri bedena (SSB). Dua orang fasi tu namanya syamim and
sorang lagi amir. Yang si syamim ni memang dah lama kenal sebab dia pengawas
sekolah dulu and me too so memang selalu nampak. Yang si amir ni aku tak pernah
nampak langsung kat sekolah, tak pernah sedar pun kewujudan dia padahal SSB tu
tak besar pun. Maybe sebab dia murid biasa, that’s why aku tak perasan agaknya.
Back to story, aku dengan puan ibu join budak budak sekolah tu naik bas. Kitorang
akan naik feri kat jeti marina. Berkumpul kat sekolah pukul 8.30 tapi macam
biasa, janji melayu, pukul 8.50 baru semua ada dalam bas. Then, gerak lah kami
dari sekolah.
Kami singgah breakfast
kat restoren gulam rasul. Aku tak makan pape pun just minum je atas sebab aku
kenyang lagi masatu. Selain aku and puan ibu, ada lagi 4 orang cikgu yang naik
bas tu. Student ada 32 orang. Cikgu yang in charge camp ni namanya cikgu omar.
Dia bawak kereta dia sebab dia bawak anak bini dia sekali. Syamim dengan amir
naik kereta cikgu omar. Masa ni, aku tak berjumpa lagi dengan dua orang tu.
Kitorang berjumpa kat restoren warisan during lunch hour. Masa budak berdua tu
turun dari kereta and pergi kat meja tempat aku dengan puan ibu makan, aku
langsung tak cam syamim. Muka familiar tapi aku tak ingat langsung sebab faktor
badan dia dah berisi. Masa sekolah memang kurus. So aku tak tegur, buat taktahu
je. Amir pulak, aku ingatkan dia abang kepada zara (anak cikgu omar) sebab dia
layan zara memang macam adik dia. Aku tak expect pun yang dia sebaya syamim
(dua dua 18) sebab amir ni kecik je orangnya. Kurang 2cm je dari aku *acah tinggi
. Aku start cam muka syamim ni bila sampai kat kem. Kitorang menginap kat rimba
kem. Sampai je kat jeti marina tu, naik feri around 10 minutes then sampai lah
pulau pangkor. Then kami naik van pink sampailah tempat kem tu. Seriously
seronok sebab kem tu memang betul tepi laut je. Air memang biru, cantik tak
dapat nak ungkap dengan kata kata.
Sila sengetkan kepala anda.
Ni masa dah sampai kat rimba kem.
Sampai je tempat tu,
students diberi arahan untuk dirikan khemah and kitorang pergi check in bilik.
Satu bilik tu 6 orang. Memula tu macam tak selesa je bila satu bilik 6 orang
sebab katil dalam tu cuma ada dua bersaiz queen. Tapi menggunakan kepandaian
cikgu cikgu tu, kami dapatlah tidur dengan selesa.
Lepas je solat zuhur,
aku keluar bilik untuk tengok apa yang boleh ditolong. Pergi tempat memasak
sebab puan ibu ada kat situ and fasi dua orang tu pun ada kat situ. Masa tu
baru aku cam syamim sebab ada cikgu tanya “korang beza berapa tahun?” and
syamim jawab 2. Time tu baru start borak dengan dia but dengan amir, aku still
tak bercakap. Puan ibu minta aku kupas bawang, aku pun buat memandangkan takda
kerja lain. Tak lama lepas tu, cikgu izwan panggil aku untuk tolong syamim
handle budak budak tu. Masa tu syamim dengan amir buat game. Pecahkan dorang
dalam 5 groups. Tutup mata dorang dengan kain and lead dorang sampai tempat
yang ada tali. Tali tu syamim dah lilit lilit kat pokok and akhir tali tu, dia
letak dalam air. So no matter what, budak budak tu memang akan masuk air lah. Masa
ni lah aku jadi fasilitator unofficial. Aku pun pergi ambik satu group and lead
dorang. Aku bawak pusing jauh sikit before pergi kat tali tu. Yang kelakarnya,
budak budak tu called me ‘cikgu’ . I was like “aku nampak tua ke?” . Lepas lead
2 group, aku nak balik ke tempat masak tapi aku nampak cikgu zul dengan syamim
pandang pandang atas pokok. Aku pergi kat dorang and tanya “apa yang korang
tengok?” Syamim jawab “monyet tu ambik speaker budak dalam khemah wehh.”
Speaker tu warna pink so memang boleh nampak jelas dari bawah. Memang habis
dikopaknya speaker tu sebab monyet ingat makanan kan. Yang aku tak sangka,
monyet tu pandai bukak zip khemah tu. Pandai betul monyet zaman sekarang ni.
Aku hanya mampu gelak and cakap kat budak budak tu “alih zip khemah korang ke
atas. Monyet pandai bukak khemah.” Aku kembali ke dapur untuk sambung kerja aku
tapi aku tengok makanan dah siap masak dah. HAHAHAHA. Puan ibu pun suruh aku
makan. Aku pun makan lah dulu before budak budak tu settle main game. Dah
settle makan, aku lepak tepi laut. Duduk kat hammock (buaian yang sangkut kat
pokok) . Rasa bahagia masa tu memang Allah je tahu. Angin kuat and view sangat
cantik.
Dah maghrib, aku masuk
bilik. Bersihkan diri, solat apa semua then keluar balik. Pergi tempat masak
tapi takda apa pulak nak buat. So aku follow syamim pergi tengok budak budak tu
dalam dewan. Join dorang main game. Masa dalam dewan ni baru aku start bertegur
dengan amir. Aku duduk in between syamim and amir. Untuk game malam tu, cikgu
izwan in charge. Budak budak tu duduk in circle ikut haribulan dorang lahir (1
sampai 31) . First game, cikgu izwan suruh dorang tanya 5 orang dari belah
kanan dorang nama penuh ibu. So dia akan called out sapa sapa untuk sebut nama
full ibu tu. Tak boleh tulis or pape, just hafal. Masa tu, handphone dorang dah
pun dikumpul. Cikgu izwan panggil sorang budak lelaki and sorang budak perempuan.
Dua dua yang dipanggil tu tak dapat ingat lima nama. So ada lah dendanya kan.
Untuk budak perempuan tu, cikgu izwan panggil amir ke depan and duduk kat
tengah bulatan tu. Cikgu izwan suruh budak perempuan tu buat pickup line kat
amir. Aku gelak terbahak. Budak tu tak malu tapi muka amir pulak merah padam.
Tak ingat ayat budak tu macam mana. Bila budak lelaki tu pulak, cikgu panggil
aku. Itu sangat sangat diluar jangkaan aku and masa tu amir pulak gelakkan aku.
Budak lelaki tu memang jenis yang pendiam and pemalu gila so he said to cikgu
izwan “saya panggil orang lain, boleh tak cikgu?” Cikgu izwan dengan selambanya
cakap “takpa, cikgu wakilkan.” Ayat cikgu izwan berbunyi “what is the most
beautiful eye in the world?” . I said “I don’t know sir.” And he said “eye (I)
love you” . HAHAHAHAHA aku pulak yang merah padam.
Tu dia budak yang pemalu tu.
Next game pulak, cikgu
izwan suruh tanya 5 orang dari belah kiri markah matematik dorang. And sama
jugak, dia panggil lelaki and perempuan. Ada sorang budak lelaki namanya daus
and dia tak dapat jawab. Denda kali ni, cikgu izwan cakap “tadi kita panggil
anaknya, sekarang panggil maknya pulak.” Masa tu puan ibu memang ada sekali
dalam dewan tu. Tak pasal pasal kena panggil sekali. Situasinya, buat pantun or
ayat untuk ajak anak perempuan puan hamidah (puan ibu) keluar makan malam. I don’t
remember his pantun but I remember what my puan ibu said “masalahnya anak
perempuan yang mana satu?” Puan ibu I ni boleh tahan sense humornya. Then si
daus ni tanya nama aku. I said “baru sekarang nak tanya? Atikah.” Aku tak ingat
ayat apa dia buat guna nama aku tapi yang aku ingat “pergi hutan cari kayu,
thank you.” Time tu memang gelak tak ingat dunia dah.
Around 10.45 macam tu,
cikgu lepaskan dorang. Bagi dorang spend time dengan phone masing masing before
kena pulangkan pukul 11.45. Hari akhir kem baru phone diberi balik. Masa ni
masing masing dah keluar dewan. Aku lepak kat kerusi tepi laut and ibu duduk
kat hammock, cari line. Masa aku lepak sorang sorang tu, aku terdengar daus
berkata “wehh korang ada baju merah tak? Aku nak pinjam.” Aku pun pandang baju
yang aku pakai then aku pandang dia. Dia dah sengih sengih. Aku pakai jersey MU
masa tu. Sejak game pantun tu, dia galak buat pantun untuk aku dengan ibu.
Macam macam lah keluar pantun dia. Malam tu before aku masuk bilik nak tidur,
dia bagi satu pantun “pergi kedai cari kalam, selamat malam” Aku jawab “selamat
malam kembali. Esok pakai baju putih kalau nak sama. HAHAHAHA” Kebetulan pulak,
khemah dia memang berdekatan dengan bilik aku so dia memang akan nampak kalau
aku keluar masuk bilik. Aku pun melelapkan mata bila jam menunjukkan pukul 1
pagi.
To be continue….

