Tuesday, May 31, 2016

FIRST INTERN!

ASSALAMUALAIKUM...

Memandangkan ada permintaan (ecehh) untuk update blog ni setelah berkurun aku menghilangkan diri, aku pun membuat senaman jari malam ni dengan menghupdate entry baru.

Nak cerita pasal first internship. Cuti sem 4 ni aku ada practical di JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) Melaka selama 5 minggu. Start 25/4 sampai 27/5. Ada seminggu je rest kat rumah before start practical and seminggu rest lagi kat rumah before start sem baru (sem 5). Tak sempat puasa kat rumah sebab first class 6/6. Sedihhhhh

Before aku cerita lebih lanjut, nak bagitau dulu reason kenapa aku pilih melaka. First, saja nak berjalan. Pernah dua tiga kali je jejak melaka, tu pun just pergi rumah mak cik kat pengkalan balak then balik. Tak sempat pun explore bandar bersejarah ni. Second, aku ada kawan kawan nak sewa rumah sekali so tak perlu sibuk dah fikir nak stay kat mana, dengan siapa sepanjang 5 weeks tu. Nak duduk rumah mak cik aku tu agak jauh lah. Nak pergi JUPEM dari pengkalan balak around 45 minit. Aku stay homestay kat batu berendam. Around 15 minit nak ke JUPEM. Tu pun pernah lambat sampai. Lagi 4 minit je nak masuk pukul 8. Melaka ni jem tu boleh tahan lah. Bukan sebab apa, traffic light belambak then lama pulak tu. Lambat pergi kerja sebab traffic light je. So aku decide tak nak cari orang melaka and tak nak duduk melaka. HAHAHAHA

Sepanjang internship ni lah, macam macam aku belajar. Macam macam aku hadap. Macam mana nak deal dengan orang, macam mana nak guna software baru, nak buat plan, turun site bagai. Kat JUPEM ni ada terbahagi banyak cawangan or seksyen. Ada CRM, hakmilik tanah, PDUK, kadaster pelbagai and so on lah. Mesti korang tak faham kan apa benda tu? If nak aku explain satu satu, panjang berjela lah entry ni nanti. So aku cerita mana yang aku nak cerita je *sukati aku lah kan .

Bila kerja ni jugak lah, kau akan jumpa macam macam spesies dan perangai manusia. Ada yang baik, ada yang cantik, ada yang sombong, ada yang okay. Terpulang kat kau je macam mana kau nak handle. Tapi kebanyakan staff staff kat situ baik baik. KEBANYAKAN ye, tak semua. Tak nak cerita keburukan atau aib orang tapi aku nak cerita apa yang aku and groupmates aku hadap. Ada satu seksyen ni, dipanggil seksyen pelan berdigit. Dalam seksyen tu, ada 3 ke 4 orang mak cik mak cik yang sangat sangat bising mulutnya. Riuh satu JUPEM lah kalau bercerita tu. Seksyen pelan berdigit ni seksyen keempat rasanya. Mak cik mak cik kat seksyen tu memang tak suka kami (budak budak practical) ni. Ada je yang mereka complain. Cakap kami tak senyum lah, kami sombong lah, jalan berkepit lah. Tak tahu lah apa salah kitorang kat mak cik mak cik tu. 5 hari duduk kat seksyen tu macam duduk dalam neraka. Seksa betul. Nasib baik kerja tak banyak kat seksyen tu. Bila takda kerja, kitorang lepak kat meeting room. Tak kuasa lah nak duduk dalam pejabat tu.

Bila kitorang turun pulak kat seksyen customer service, kitorang diajar oleh en shukrie. En ni memang baik and sempoi sangat tau. Seronok kitorang bercerita dengan dia. Ada jugak lah kitorang bukak cerita pasal seksyen pelan berdigit tu. Rupanya en shukrie pun hadap masalah yang sama. Dia kata memang staff staff kat seksyen tu bermasalah sikit. En shukrie tu pernah kerja kejap kat seksyen tu, around 1 month. Memang tak tahan lah. Kitorang yang 5 hari pun dah rasa macam nak mati, lagi lah en shukrie yang sebulan tu. Dia cerita, ada salah sorang mak cik kat seksyen tu pernah jumpa pakar psikiatri. Ada masalah depression. Kitorang tahu lah sapa mak cik tu. Memang mak cik tu pun tak suka kitorang. Nak nampak dia senyum, susah betul then complain kat orang lain, cakap kitorang tak senyum. Eh eh, memang rasa darah naik ke muka time tu. Nasib baik lah kitorang budak practical. Staff staff kat seksyen tu pun banyak yang baru. Belum lama lagi kerja kat situ dan dengar ceritanya lagi, mereka ditukarkan ke melaka bukannya mereka yang minta pindah. So terbukti jugak lah staff staff kat seksyen tu yang bermasalah dan bukannya kitorang yang practical ni.

Okay, proceed to next story. Sampai je kat melaka ni kan, ada lah buat wishlist tempat tempat yang harus dijejaki *ecewahh . Nak buat food hunting sekali lah. Finally dapat juga merasa coconut shake batu berendam. Seriously sedap and harga pun affordable. Dekat je actually coconut shake tu dengan homestay aku tu, cuma tak tahu je.

Lupa nak bagitau. Student practical kat JUPEM Melaka ni 15 orang je. Daripada 15 orang tu, pecah dua group. Aku group A, 7 orang gadis. Dalam 15 orang tu, ada 3 orang jejaka sahaja. Mana lah lagi perginya lelaki lelaki melayu ni.

 Ni naimah. Salah sorang groupmates aku and dia jugak housemates aku kat batu berendam. Dia ni jugak mak kedua aku kat melaka. Selalu kejut aku sahur bila aku cakap aku nak ganti puasa. Bukan setakat kejut sahur je, dia masakkan sekali lauk sahur untuk aku and cedokkan nasi masuk dalam pinggan. Aku minta dia kejutkan sahur je tau, tak minta pun dia buat semua tu. Tak tau lah kenapa dia baik sangat. Tak terbalas jasa kau, imah. Jumpa kat uitm nanti, aku belanja bukak puasa.

 Ni lah group A. Masa ni pakai baju kerja luar sebab kitorang kena pergi pejabat juruukur kat MITC. Dengar explanation sikit je then takda kerja dah. So kitorang pun merayap pergi taman botanikal.

 Ni dipanggil food hunting. Nama tempat "big bowl ice" kat batu berendam jugak. Sangat dekat dengan homestay kitorang. Harga? Ikut jenis but overall, mahal.

 Salah satu tempat dalam wishlist. Melaka Premium Outlet. MPO ni baru je bukak. Barang barang kat situ memang mahal lah. Kitorang jalan cuci mata je.



 Ni time nak pergi kenduri kakak ain *groupmates aku jugak . Memang syok dapat makan nasi free bila jauh dari family ni.

 Yang ni dekat area A Famosa if im not mistaken. Hari sabtu diisi dengan berjalan and hari ahad jadi lazy sunday lah.

 Pantai klebang checked.

 Submarine muzium checked. Memang jakun masuk muzium tu. Sangat besar. Aku siap boleh berangan lagi nak hidupkan engine kapal and masuk dalam air. Tak mahal, rm3 je adult.

 Ni dalam bilik kebal. Time ni lah banyak gosip dengan en shukrie tu sebab dia yang jaga bilik kebal.


 Okay, ini dia housemates aku kat batu berendam. Berlima.

 Kerja luar.

Seksyen PDUK.

 Celebrate birthday arishaa. Arisha turns 20!!

 River cruise checked! Tempat ni best sangat bila pergi malam. Sangat cantikk. Kalau nak dating, aku suggest pergi sini. Hehehe

 Alright, this is meeting room. Sinilah tempat kitorang gosip, tidur, makan, lepak.

 Sakan tau kitorang berjalan. Yang tengah tu wan nur syahirah. Just call her wannur. Dia pun mak aku jugak. Mak satu rumah lah senang cerita. Sebabnya dia ni lah rajin masak dinner tiap petang lepas balik kerja. Paling rindu begerdil wannur.





 Ni masa kerja luar. Nama je kerja luar tapi kami tak keluar pun, Buat traverse dalam JUPEM je sebab takda transport nak keluar.

 Jonker walk pun checked! Tempat ni jumaat malam dengan sabtu malam je bukak. Memang sangat sesak sebab bukak waktu semua orang cuti. Takda choices nak pergi hari lain.

Ni paling cantik tau. Masjid Cina Negeri Melaka. Dekat je dengan stadium.

Itu je setakat ni. Nak cerita banyak lagi tapi panjang sangat dah kan? Sambung next entry. Bye bye..

NOTE : AKU TAK NAK ORANG MELAKA