Wednesday, November 23, 2016

PULAU PANGKOR CAMP - PART 1

ASSALAMUALAIKUM...

After 5 days ada kat rumah sejak balik dari camp hari sabtu lepas, baru hari ni terasa rajin nak update blog. Masih tak boleh move on dengan camp tu. One of the best camp that I have ever been to. Kenapa aku cakap best? One of the reasons, aku pergi camp tu bukan as students tapi as fasilitator. Actually, jadi fasilitator is not the actual plan. Aku pergi camp tu atas sebab nak teman puan ibu aku and kebetulan ada tempat kosong untuk aku. Sebab lain, aku dah lama sangat mereput kat rumah sepanjang cuti sem. Camp tu untuk budak sekolah kat sekolah puan ibu aku kerja and merangkap sekolah aku dulu lah. So seronok lah nak pergi sebab dah kenal dengan cikgu cikgu sekolah tu and takdalah awkward. Just aku tak kenal sangat je dengan budak budak form 4 and below sebab masa dorang masuk sesi pagi (form 2), aku dah habis sekolah so tak jumpa lah.

Untuk camp ni, ada lagi dua orang fasi (3 termasuk aku). Dua dua lelaki and aku sorang perempuan. Dorang pun ex sekolah tu jugak. Lupa nak bagitahu, sekolah tu namanya sekolah menengah kebangsaan seri bedena (SSB). Dua orang fasi tu namanya syamim and sorang lagi amir. Yang si syamim ni memang dah lama kenal sebab dia pengawas sekolah dulu and me too so memang selalu nampak. Yang si amir ni aku tak pernah nampak langsung kat sekolah, tak pernah sedar pun kewujudan dia padahal SSB tu tak besar pun. Maybe sebab dia murid biasa, that’s why aku tak perasan agaknya. Back to story, aku dengan puan ibu join budak budak sekolah tu naik bas. Kitorang akan naik feri kat jeti marina. Berkumpul kat sekolah pukul 8.30 tapi macam biasa, janji melayu, pukul 8.50 baru semua ada dalam bas. Then, gerak lah kami dari sekolah.


Kami singgah breakfast kat restoren gulam rasul. Aku tak makan pape pun just minum je atas sebab aku kenyang lagi masatu. Selain aku and puan ibu, ada lagi 4 orang cikgu yang naik bas tu. Student ada 32 orang. Cikgu yang in charge camp ni namanya cikgu omar. Dia bawak kereta dia sebab dia bawak anak bini dia sekali. Syamim dengan amir naik kereta cikgu omar. Masa ni, aku tak berjumpa lagi dengan dua orang tu. Kitorang berjumpa kat restoren warisan during lunch hour. Masa budak berdua tu turun dari kereta and pergi kat meja tempat aku dengan puan ibu makan, aku langsung tak cam syamim. Muka familiar tapi aku tak ingat langsung sebab faktor badan dia dah berisi. Masa sekolah memang kurus. So aku tak tegur, buat taktahu je. Amir pulak, aku ingatkan dia abang kepada zara (anak cikgu omar) sebab dia layan zara memang macam adik dia. Aku tak expect pun yang dia sebaya syamim (dua dua 18) sebab amir ni kecik je orangnya. Kurang 2cm je dari aku *acah tinggi . Aku start cam muka syamim ni bila sampai kat kem. Kitorang menginap kat rimba kem. Sampai je kat jeti marina tu, naik feri around 10 minutes then sampai lah pulau pangkor. Then kami naik van pink sampailah tempat kem tu. Seriously seronok sebab kem tu memang betul tepi laut je. Air memang biru, cantik tak dapat nak ungkap dengan kata kata.


Sila sengetkan kepala anda.



Ni masa dah sampai kat rimba kem.

Sampai je tempat tu, students diberi arahan untuk dirikan khemah and kitorang pergi check in bilik. Satu bilik tu 6 orang. Memula tu macam tak selesa je bila satu bilik 6 orang sebab katil dalam tu cuma ada dua bersaiz queen. Tapi menggunakan kepandaian cikgu cikgu tu, kami dapatlah tidur dengan selesa.

Lepas je solat zuhur, aku keluar bilik untuk tengok apa yang boleh ditolong. Pergi tempat memasak sebab puan ibu ada kat situ and fasi dua orang tu pun ada kat situ. Masa tu baru aku cam syamim sebab ada cikgu tanya “korang beza berapa tahun?” and syamim jawab 2. Time tu baru start borak dengan dia but dengan amir, aku still tak bercakap. Puan ibu minta aku kupas bawang, aku pun buat memandangkan takda kerja lain. Tak lama lepas tu, cikgu izwan panggil aku untuk tolong syamim handle budak budak tu. Masa tu syamim dengan amir buat game. Pecahkan dorang dalam 5 groups. Tutup mata dorang dengan kain and lead dorang sampai tempat yang ada tali. Tali tu syamim dah lilit lilit kat pokok and akhir tali tu, dia letak dalam air. So no matter what, budak budak tu memang akan masuk air lah. Masa ni lah aku jadi fasilitator unofficial. Aku pun pergi ambik satu group and lead dorang. Aku bawak pusing jauh sikit before pergi kat tali tu. Yang kelakarnya, budak budak tu called me ‘cikgu’ . I was like “aku nampak tua ke?” . Lepas lead 2 group, aku nak balik ke tempat masak tapi aku nampak cikgu zul dengan syamim pandang pandang atas pokok. Aku pergi kat dorang and tanya “apa yang korang tengok?” Syamim jawab “monyet tu ambik speaker budak dalam khemah wehh.” Speaker tu warna pink so memang boleh nampak jelas dari bawah. Memang habis dikopaknya speaker tu sebab monyet ingat makanan kan. Yang aku tak sangka, monyet tu pandai bukak zip khemah tu. Pandai betul monyet zaman sekarang ni. Aku hanya mampu gelak and cakap kat budak budak tu “alih zip khemah korang ke atas. Monyet pandai bukak khemah.” Aku kembali ke dapur untuk sambung kerja aku tapi aku tengok makanan dah siap masak dah. HAHAHAHA. Puan ibu pun suruh aku makan. Aku pun makan lah dulu before budak budak tu settle main game. Dah settle makan, aku lepak tepi laut. Duduk kat hammock (buaian yang sangkut kat pokok) . Rasa bahagia masa tu memang Allah je tahu. Angin kuat and view sangat cantik.




Dah maghrib, aku masuk bilik. Bersihkan diri, solat apa semua then keluar balik. Pergi tempat masak tapi takda apa pulak nak buat. So aku follow syamim pergi tengok budak budak tu dalam dewan. Join dorang main game. Masa dalam dewan ni baru aku start bertegur dengan amir. Aku duduk in between syamim and amir. Untuk game malam tu, cikgu izwan in charge. Budak budak tu duduk in circle ikut haribulan dorang lahir (1 sampai 31) . First game, cikgu izwan suruh dorang tanya 5 orang dari belah kanan dorang nama penuh ibu. So dia akan called out sapa sapa untuk sebut nama full ibu tu. Tak boleh tulis or pape, just hafal. Masa tu, handphone dorang dah pun dikumpul. Cikgu izwan panggil sorang budak lelaki and sorang budak perempuan. Dua dua yang dipanggil tu tak dapat ingat lima nama. So ada lah dendanya kan. Untuk budak perempuan tu, cikgu izwan panggil amir ke depan and duduk kat tengah bulatan tu. Cikgu izwan suruh budak perempuan tu buat pickup line kat amir. Aku gelak terbahak. Budak tu tak malu tapi muka amir pulak merah padam. Tak ingat ayat budak tu macam mana. Bila budak lelaki tu pulak, cikgu panggil aku. Itu sangat sangat diluar jangkaan aku and masa tu amir pulak gelakkan aku. Budak lelaki tu memang jenis yang pendiam and pemalu gila so he said to cikgu izwan “saya panggil orang lain, boleh tak cikgu?” Cikgu izwan dengan selambanya cakap “takpa, cikgu wakilkan.” Ayat cikgu izwan berbunyi “what is the most beautiful eye in the world?” . I said “I don’t know sir.” And he said “eye (I) love you” . HAHAHAHAHA aku pulak yang merah padam.

 Baju pink tu syamim, baju biru tu amir.

Tu dia budak yang pemalu tu.

Next game pulak, cikgu izwan suruh tanya 5 orang dari belah kiri markah matematik dorang. And sama jugak, dia panggil lelaki and perempuan. Ada sorang budak lelaki namanya daus and dia tak dapat jawab. Denda kali ni, cikgu izwan cakap “tadi kita panggil anaknya, sekarang panggil maknya pulak.” Masa tu puan ibu memang ada sekali dalam dewan tu. Tak pasal pasal kena panggil sekali. Situasinya, buat pantun or ayat untuk ajak anak perempuan puan hamidah (puan ibu) keluar makan malam. I don’t remember his pantun but I remember what my puan ibu said “masalahnya anak perempuan yang mana satu?” Puan ibu I ni boleh tahan sense humornya. Then si daus ni tanya nama aku. I said “baru sekarang nak tanya? Atikah.” Aku tak ingat ayat apa dia buat guna nama aku tapi yang aku ingat “pergi hutan cari kayu, thank you.” Time tu memang gelak tak ingat dunia dah. 

Around 10.45 macam tu, cikgu lepaskan dorang. Bagi dorang spend time dengan phone masing masing before kena pulangkan pukul 11.45. Hari akhir kem baru phone diberi balik. Masa ni masing masing dah keluar dewan. Aku lepak kat kerusi tepi laut and ibu duduk kat hammock, cari line. Masa aku lepak sorang sorang tu, aku terdengar daus berkata “wehh korang ada baju merah tak? Aku nak pinjam.” Aku pun pandang baju yang aku pakai then aku pandang dia. Dia dah sengih sengih. Aku pakai jersey MU masa tu. Sejak game pantun tu, dia galak buat pantun untuk aku dengan ibu. Macam macam lah keluar pantun dia. Malam tu before aku masuk bilik nak tidur, dia bagi satu pantun “pergi kedai cari kalam, selamat malam” Aku jawab “selamat malam kembali. Esok pakai baju putih kalau nak sama. HAHAHAHA” Kebetulan pulak, khemah dia memang berdekatan dengan bilik aku so dia memang akan nampak kalau aku keluar masuk bilik. Aku pun melelapkan mata bila jam menunjukkan pukul 1 pagi.


To be continue….