Saturday, January 14, 2017

tiaaaiman.co

ASSALAMUALAIKUM...

Memandangkan aku tengah tak busy and ada masa free (padahal assignment belambak), aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 guys! Baru 15/365 pages. May this year bring a lot of happiness and joyful in our life. Amin.

Ni gambar masa celebrate New Year kat Penang (1/1/2017) dengan akak akak housemates.

Tahun ni tak nak pasang azam or matlamat apa apa pun sebab azam yang lepas pun tak tertunai. Tapi ada satu benda yang aku nak sangat buat and aku dah start buat pun. Nampak title entry hari ni? tiaaaiman.co ? Apa benda tu? Haa mehh baca dengan lebih teliti ye. Aku nak cerita ni.

tiaaaiman.co. Nama instagram shop aku. Jangan tanya mana datang nama tu. Aku tak berapa ingat actually bila aku start buat tiaaaiman.co ni tapi first picture yang aku post bertarikh 21/12/2016 (sehari before birthday aku) . Ya, happy belated birthday to me. Thank you, thank youuu. Aku memang berminat dalam bidang bisnes ni lama dah. Lepas SPM dulu, aku pernah menceburkan diri dalam bidang perniagaan or lebih dikenali sebagai MLM (ayat karangan sangat). Tapi tak lama lah. Lepas masuk UiTM, terus tak aktif dah dan senyap begitu sahaja. Then sekarang aku decide untuk bergiat aktif balik dalam dunia bisnes. Tapi aku buat macam ni dulu lah, kecil kecilan and online. Aku just jadi dropshipper je ni. Tak pegang stock, just cari customer and post gambar stock kat instagram beserta caption menarik. Memula memang krikk krikk lah kan, customer memang takda, like pun under 10. Bukan senang nak gain followers and trust dari orang ramai. Lagi pulak kes tipu menipu customer dalam online bisnes sekarang makin menjadi jadi so orang pun jadi was was nak percaya ke tak. Takpa, aku dah prepare siap siap untuk kes macam ni and aku tak berapa kecewa lah bila takda lagi customer yang tanya. Aku awal awal tak letak high hopes.

Buat bisnes ni memang kena banyak sabar sebab kau memang akan hadap pelbagai jenis ragam customer. Then kalau dah nama pun bisnes, mestilah ada risiko kan. Aku dah labur banyak jugak lah dalam bisnes ni even jadi dropship je. Sekarang dah nampak sikit hasilnya berkat kesabaran. Sabar tu manis kan?

Aku decide nak start dengan jadi dropship sebab takut tak dapat nak bagi masa untuk studies aku. Eventhough sem ni ada 4 subjek je, aku tetap nak focus betul betul. In shaa Allah dah habis belajar nanti, aku ada niat nak proceed untuk jadi direct supplier pulak. Mula dari bawah lah kan, baru dapat banyak pengalaman.

Aku cerita kat sini sebab nak promote igshop sendiri lah ni. So kepada yang belum follow tu, follow lah ea. Taip je tiaaaiman.co and tadaaaa. Tak susah pun. Jangan tengok je, order lah sekali (amaran ni) . Kat bawah ni, aku ada upload stock yang masih available. Ada certain stock yang takkan restock dah. So better grab yours now! (more pictures ada kat instagram)



















NOTE : DOAKAN AKU MURAH REZEKI. THANK YOU GUYS