Wednesday, May 9, 2018

SEJARAH 9 MAY 2018

Hello everyone! Long time no write mehh. Been so not busy, just lazy. Hahahaha okay not funny. Straight to the point. Korang semua dah bangun ke ni? Maklum lah, masing masing tidur pukul 4 pagi tadi kan. Ke korang tidur awal ni? Tak patriotik sungguh lah.

So kemenangan yang kita nanti nantikan, hari ni 10 may dah bermula kerajaan baru, Malaysia baru. Semoga malaysia after this jadi lebih maju dan memudahkan rakyat juga. Hidup Tun M! Rasa macam dah dewasa sangat bila aku mula menceburkan diri dalam politik ni (secara tak langsung lah ye). Dulu tak pernah terfikir pun nak ambil tahu, rasa menyampah sangat dengan politik. Tapi kali ni rasa berkobar kobar and nervous sangat tunggu result PRU14 malam tadi. Sama nervous dengan tunggu Salam UiTM dihatiku wehh.

Bersempena dengan kemenangan Tun M, semua cuti hari khamis hari and esok, bersambung sampai ahad lah. But its the same for me sebab aku menganggur so cuti ke tak cuti ke, aku duduk rumah juga. Hari ni aku decide nak blogging because I feel so proud dengan Malaysia. Finally takda dah muka najib and rosmah kat tv lepas ni. Bersih lah tv3 and media prima lepas ni. Aku nak tengok muka Tun M je lepas ni. Boleh lah cerita sejarah 9 May ni dekat bakal bakal anak buah aku nanti, anak kucing aku ke nanti kan, mesti dorang bangga. 2 kali Tun M jadi PM Malaysia. Sama sama kita menuju ke arah yang lebih baik and please lah ambil penganggur macam aku ni bekerja. Kerja sekarang semua nak ada pengalaman paling paling pun 1 year but aku nak dapat kerja pun susah, celah mana nak cari pengalaman, nak ada pengalaman tu kalau peluang untuk kerja pun tak diberi. Yang apply kerja tu beribu, berjuta tapi yang di ambil bekerja untuk satu company tu 1-2 je? Like what the? Faham tak perasaan sorang fresh graduate yang dah menganggur dekat 3 months macam aku ni? Yes aku memang ada buat bisnes but bisnes kecik kecik je baru. I need money untuk perkembangkan bisnes aku tu. So I need to find job asap lah. Please lah kerajaan sekarang, ambil banyak anak muda bekerja. Beri kami peluang dan pengalaman.

Sekian sahaja luahan hati seorang penganggur. Happy holiday!