Tuesday, May 20, 2014

Bad Day

ASSALAMUALAIKUM

Today is not my lucky day even I've decided to be in a good mood. Guess what? I failed in my jpj test! Just one step left before aku lulus test tu! Aku terkandas kat 3 pointer. Tu laa. Excited sangat nak keluar dari situ sebab ingat dah lulus. Aku lupa tukar dari gear Reverse ke gear 1 so terundur laa sikit. Aku ingat pak cik jpj tu tak perasan sebab dia tak suruh aku keluar pun. Aku dengan bangganya pergi laa parking kereta bagi kat orang lain pula then pergi ambil borang.

Merah: Pak cik jpj
Purple: Aku

"Perasan tak kamu ada buat salah?"

"Tak perasan laa pula."


Lepas tu dia pom pang pom pang explain apa salah aku. Bad mood dah aku time tu sebab dia tak suruh aku keluar kereta so aku ingat aku dah lulus laa. Eeeee nyirap je. Nak je hantuk kepala kat dinding. Bila dia dah habis berleter, aku dah sign borang, aku pergi laa kat kaunter jpj. Muka control nangis je time tu. Kalau tak ada orang, mahu banjir Asia tu. Terus aku tak ada mood nak buat part jalan raya. Tak rasa nervous langsung macam memula aku datang. Dah laa kena tunggu lama. No aku 24. Aku dapat giliran lepas jpj rehat. Tunggu dia makan, gosip lagi, sempat aku tidur pakej mimpi sekali. Turn aku around pukul 2. Masa buat jalanraya tu pun banyak salah aku buat. Tak boleh nak fokus dah. Sebelum gerak, semua aku dah check. Bila dah lepas clutch slow slow, mati pula enjinnya. Rupanya handbrake tak turun. Kesalahan pertama aku buat. Then dah gerak tu aku lupa nak tukar gear lagi masa kat jalan. Dia yang suruh aku tukar gear. Macam mayat hidup dah. Ikut je apa dia cakap tapi nasib aku baik pula kat jalanraya tu. Dapat 17/20. So nanti repeat, aku buat part dalam litar je laa. Bukit, parking dengan 3 pointer. Tak pepasal kena bayar RM100 lagi. Haihh jangan cuai lagi Atikah. Please!

Balik dari Asia tu pula hujan. Aku dah tak ada mood, tak fikir apa, redah je laa hujan tu. Sampai rumah, menggigil kesejukan. Nasib baik antibodi kuat, susah nak sakit. Tu yang aku redah je hujan. Bila dah sampai rumah pula, memacam berita pula aku dengar. Rahsia bocor. Ya memang. Mana ada yang kita boleh percaya sekarang except family sendiri. Aku tak kesah sangat kalau rahsia aku yang bocor. Ni pasalnya melibatkan ibu aku. Memang sekali lagi darah naik. Selera makan pun hilang. Aku baru makan sekali je hari ni. Lunch. 

Petang tadi pula teman member aku pergi pasar. Disebabkan stress so aku ikut je laa dia pergi pasar daripada aku memarah sesiapa yang whatsapp aku. Bau bau makanan yang menyelerakan buat stress aku hilang sesikit. Aku pun beli laa popia dengan lauk ikan keli masak sambal. Nyum nyum. Tengah sibuk jalan cari makanan, ada pula yang bagi flyers. Aku ambil je laa. Sekali tengok 

"Produk pelangsingan badan. Sila datang ke kedai berhampiran anda."

Memang aku rasa macam nak sagat je kepala amoi yang bagi flyers tu kat aku. Dia tak tengok dulu ke sebelum bagi? Dia nak aku kurus cemane lagi? Nak bagi sampai tak ada kulit dah? Tulang je? Berat aku pun tak normal wey. Nak langsing cemane lagi? Aaaaa kenapa stress sangat hari ni?




Monday, May 19, 2014

Live Love Life.

ASSALAMUALAIKUM.

Live Love Life, Life Live Love or Love Live Life? Aku pun tak pasti. Lantak laa kan, yang penting korang tahu apa maksud ketiga tiga word tu. Kalau tak tahu juga, aku pukul pakai penyapu nanti. Huyoo takutnya -,- .

"Life is short, live it."


Pernah dengar quote tu? Good kalau pernah dengar. Korang gemar membaca. Congrats. Actually aku tak tahu apa benda yang aku nak share memalam ni tapi aku teringin sesangat nak update blog, buat entry baru so aku fikir laa juga apa yang aku nak kongsi. Hidup kita ni tak semuanya sama. Nasib kita ada yang baik, ada yang buruk, ada yang bertuah, ada yang kurang bertuah. Hidup ni kita yang corak sendiri. Kita sendiri yang pilih jalan hidup, tak ada paksaan dari memana pihak pun. Aku mengaku hidup aku dalam kategori bertuah. Alhamdulillah sesangat sebab aku tak pernah rasa tak cukup makan. Tak pernah merengek minta makanan. Tempat tinggal, duit apa semua dibagi. 

Kekadang aku rasa macam mengeluh juga sebab kenapa laa aku tak kaya macam dia tu, dia ni but bila fikir balik, ramai lagi orang kat luar sana tu hidup 2 kali ganda lebih susah dari aku so sekali lagi alhamdulillah. Kat Somalia tu, nak makan pun susah. Aku kat sini 3 4 kali makan tapi tak juga membesar -.- . Fitrah manusia laa kan kalau ada keinginan untuk memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik. Kat sekolah pun kita ada belajar, ada keperluan dan kehendak. Keperluan aku tu semua dah cukup. Kehendak tu laa yang kekadang membuat aku mengeluh. Astaghfirullah. 

"How to be happy? Decide every morning that you are in a good mood."

Aku ni bukan jenis yang suka fikir pasal masalah aku. Kalau boleh, aku nak lari je dari semua masalah but ya, orang selalu cakap, jangan lari dari masalah because problem's everywhere. Masalah tu ada di memana. Semakin kita dewasa, semakin banyak masalah dugaan rintangan ribut taufan puting beliung yang datang. Sekarang ni aku tak sabar sangat nak pergi Perlis tu sebab nak lari dari semua orang kat sini except my family. 

"Lari dari orang ke lari dari masalah Atikah?"

Alaa diam lah. Aku nak lari dari semua benda yang ada kat sini. I just need some space, new environment so I can think wisely and solve all my problems. Sometimes aku sendiri yang cari masalah tapi tak tahu macam mana nak selesaikan. 

LOVE. Cinta. Sekarang semua orang tahu apa itu cinta tapi tak semua faham apa erti cinta yang sebenar. Aku ni masuk dalam kategori susah sangat nak jatuh cinta. Dulu masa aku form 1 form 2 tu, kalau aku ada bf, memang semuanya aku terima sebab kesian. Laa biasa laa. Time tu mana matang lagi. Aku fikir memain je time tu. Have fun, enjoy. Teruk betul. Sekarang bila umur dah menginjak 18 ni, makin matang untuk membuat keputusan. Dah tahu mana yang betul, mana yang salah. Kenkadang aku cemburu tengok kengkawan aku yang couple dekat 5 tahun dah. Relay mereka dilanda badai, ombak besar pun still together. Aku ni paling lama 2 tahun lebih je. Tak tahu kat mana silapnya. Tapi kawan aku pula cemburu dengan aku.

"Bahagia je kau kan?"

"Kenapa pula kau cakap centu?"

"Aku tak pernah pun tengok kau gaduh."

Aku cemburu tengok dia dengan bf dia, dia cemburu dengan life aku pula. Ya that's normal. Itulah aku cakap. Manusia. Now aku dah malas nak fikir cintan cintun ni. Sakit laa kepala kaki jiwa raga aku. Dalam otak aku sekarang penuh dengan "Perlis Perlis Perlis"! Sambung belajar and enjoy my study life. Mana tahu nanti kat sana aku jumpa jodoh aku ke. Haa nah baldi. Muntah sekarang.

NOTE: Belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan memasing. 

Sunday, May 18, 2014

#Repost

PELENGKAP HIDUPKU ♡

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni mood aku nak throwback semua benda. Actually tengah dalam mood sedih juga. Guess what? 20 days left before aku fly pergi UiTM Perlis. Pehh fly. Memang jauh Perlis tu dari rumah aku. Dalam 6 7 jam cenggitu. Korang yang nak pergi jenguk aku kat sana nanti pun mesti dah tak sanggup nak datang lagi sebab letih drive. Lelagi kalau jammed. Berbakul laa makian korang nanti so daripada korang tambah dosa memaki, better jangan datang. Aku hempuk pakai penyapu kang kalau datang juga. Belikan guwa kereta je cukup. Senang aku nak drive balik sendiri. Harr.. Harr..

"Actually apa benda yang kau nak throwback sangat ni ika?"

Alaa sabar lerr. Aku nak berleter pun tak senang. Okay sila lempang. 
Aku nak cerita pasal kepergian aku ke UiTM ni laa. Ayat bombastik sangat. Tahun ni sudah semestinya menjadi tahun yang PALING MENCABAR sekali bagi aku. Ye mencabar. Because? Sebabnya tahun ni laa first time aku kena belajar berdikari. Selama 18 tahun aku hidup, aku tak pernah jauh dari family lelama macam ni. Paling lama pun seminggu lebih laa, tu pun sebab aku tidur rumah sepupu aku kat Bangi. Hahahaha tak lawak ea? Kalau pergi camp pun, paling lama 4 hari je. Paling jauh pun kat mana ye, aku tak ingat dah. Yang pasti camp pengakap laa time tu. But kali ni sure mesti lama. Nak balik bercuti pun sekali sekala je laa. Tu pun kalau tiket bas tak habis lagi. 

Tahun ni juga menjadi tahun yang pertama aku puasa, sahur dan berbuka di negeri orang tanpa family di sisi. Haa ayat novel kau. Aku mesti rindu nak pergi bazaar sesama ibu. Sekarang pun dah rasa rindu, apatah lagi bila aku kat sana nanti. Kena bawa tisu bebanyak ni. Kang banjir bilik kolej tu. 

Semalam aku pergi shopping barang dengan ibu. Memacam benda aku dah beli such as bantal, selimut, tuala, sunblock, sabun etc. Nak masuk U ni memang seriously banyak pakai duit. Yuran pengajian je dah RM400 setahun. Bebarang yang aku beli semalam je dah dekat 1k habis. So aku takkan memain kat sana nanti. Aku nak balas balik jasa ibu abah aku. InsyaAllah I will.

On the way balik semalam.

*Merah tu ibu
*Ungu aku

"Lepas ni siapa laa nak teman ibu pergi jumpa kawan, teman ibu shopping. Along tak ada."

"Nak buat cemane. Dah tiba masanya along sambung belajar. Sorry ibu."


Sebelum ni aku laa peneman ibu. Ibu nak bayar duit kereta kat Teluk Intan, aku teman. Ibu nak jumpa bussiness partner kat memana, aku teman. Ibu nak shopping beli memacam, aku teman. Ibu nak bawa aisya check up, aku teman. Aku memang bestfriend ibu laa senang cerita. Ke mana pun, memang berdua. Kekadang je bertiga dengan Alia sekali. Ibu juga tempat aku story memacam sebab ibu je orang yang PALING aku percaya. Ibu tahu je aku couple dengan siapa. Ibu siap bagi nasihat memacam lagi. Ibu pun berkenan dengan ex aku tu dulu. Haa korang ada? Tak ada kan? Ibu macam ni satu dalam infiniti. Yes ibu guwa memang sporting that's why aku sesangat sayang dengan ibu aku! Aku cerita kenapa aku clash dengan dia apa semua. Kalau cerita dengan kawan, memang habis satu dunia tahu. Ibu memang penyimpan rahsia no 1 aku. Sayang ibu!!

 Nih time trip sekolah lepas SPM. Ibu aku ikut sebab ibu kan satu sekolah dengan aku.

Otw pergi Melaka time ni. Ada bussiness preview. 

Ni gambar dah berzaman. Aku tak ingat nak pergi mana time ni. 

Pergi shopping kat KL.

Aku ingat lagi masa aku form 3. Dah lepas PMR, aku apply kolej vokasional kat setapak and dapat. Aku dapat course Fesyen dan Pakaian. Aku punya laa happy! Lepas check tu, aku terus call ibu. Actually time aku check result tu, aku kat rumah adik angkat aku. Aku tidur situ. Bila aku bagitahu ibu je, ibu dah sedih. Nangis dah ibu time tu. So aku tak sampai hati pula nak pergi tapi memang nak pergi. Bila dah bincang dengan cikgu kat sekolah, keputusannya aku tak pergi. Cikgu kaunselor cakap kalau kolej vokasional tak ada SPM. Kalau teknik, ada laa. So better stay, tak payah pindah. Then keputusannya berpihak kat ibu. Aku tak jadi pindah and stay SSB. 

Now, nak tak nak aku terpaksa juga pergi tinggalkan family. Aku harap keputusan aku pilih UiTM ni tak salah. Doakan yang terbaik untuk aku. To all my friends, belajar bebetul ye korang. Jangan memain dah. Ingat future kehh. To all ex 5SI1, aku nak cakap aku rindu korang semua sesangat wey! Aku rindu kenangan kita dalam kelas. Rindu nak gaduh, rindu nak gelak, rindu nak ponteng kelas (Opps, kantoi xD) ,rindu nak lelari pergi kantin and so on. Ada yang dah sambung form 6, ada yang nak masuk IPTS. Kemana pun korang sambung, jangan lupa friendship kita ye. Jangan left dari group 5SI1. Please stay! Amaran keras ni!




Tak payah spot aku dalam gambar sebab aku memang tak ada time tu. Aku tak datang sebab ada jpj motor. So sampai sini je laa entry kali ni. Sayang semua orang yang aku kenal!

NOTE: Actually aku buat entry ni dari semalam lagi but tak sesiap sebab wifi asyik problem. Finally siap juga. Enjoy.

The New Me

ASSALAMUALAIKUM

Chakk! Haa ada yang berubah tak? Ada kan? Nampak tak? Kalau tak nampak, meh sini aku tonyoh mata kau dengan cili api. Haa baru nampak ye? Actually bukan aku yang baru but my beloved blog! Aku dah tak guna blogskin but aku guna template biasa je so nampak simple je kan? Dah malas nak guna skin tu, better guna template sendiri. Even simple but puas hati sebab usaha sendiri. Perasan tak satu benda lagi yang baru dalam blog aku ni? Blog aku dah tak bisu kan? So after this if aku buat cerita sesedih, senang korang nak tangkap leleh, fefeeling sikit dengan lagu sedih dalam blog guwa ni. Baru gempak. Ecewah entah apa yang kau merepek ni Atikah.

Entry kali ni pun tak panjang. Ni just entry perkenalan kepada blog guwa yang baru ni. Biar simple, yang penting aku dapat abadikan setiap cerita suka duka gelak ketawa aku dalam ni. Ayat novel keluar dah. Biar semua orang tahu dan faham apa yang aku cuba sampaikan. If korang tak puas hati dengan cara aku cerita, macam banyak merepek ke, comment je kat entry ni ye. Nanti aku cuba ubah mengikut kehendak korang. InsyaAllah.

NOTE: Aku edit blog dari petang tadi, sekarang baru siap. Wifi punya angkara -.-