Sunday, May 18, 2014

#Repost

PELENGKAP HIDUPKU ♡

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni mood aku nak throwback semua benda. Actually tengah dalam mood sedih juga. Guess what? 20 days left before aku fly pergi UiTM Perlis. Pehh fly. Memang jauh Perlis tu dari rumah aku. Dalam 6 7 jam cenggitu. Korang yang nak pergi jenguk aku kat sana nanti pun mesti dah tak sanggup nak datang lagi sebab letih drive. Lelagi kalau jammed. Berbakul laa makian korang nanti so daripada korang tambah dosa memaki, better jangan datang. Aku hempuk pakai penyapu kang kalau datang juga. Belikan guwa kereta je cukup. Senang aku nak drive balik sendiri. Harr.. Harr..

"Actually apa benda yang kau nak throwback sangat ni ika?"

Alaa sabar lerr. Aku nak berleter pun tak senang. Okay sila lempang. 
Aku nak cerita pasal kepergian aku ke UiTM ni laa. Ayat bombastik sangat. Tahun ni sudah semestinya menjadi tahun yang PALING MENCABAR sekali bagi aku. Ye mencabar. Because? Sebabnya tahun ni laa first time aku kena belajar berdikari. Selama 18 tahun aku hidup, aku tak pernah jauh dari family lelama macam ni. Paling lama pun seminggu lebih laa, tu pun sebab aku tidur rumah sepupu aku kat Bangi. Hahahaha tak lawak ea? Kalau pergi camp pun, paling lama 4 hari je. Paling jauh pun kat mana ye, aku tak ingat dah. Yang pasti camp pengakap laa time tu. But kali ni sure mesti lama. Nak balik bercuti pun sekali sekala je laa. Tu pun kalau tiket bas tak habis lagi. 

Tahun ni juga menjadi tahun yang pertama aku puasa, sahur dan berbuka di negeri orang tanpa family di sisi. Haa ayat novel kau. Aku mesti rindu nak pergi bazaar sesama ibu. Sekarang pun dah rasa rindu, apatah lagi bila aku kat sana nanti. Kena bawa tisu bebanyak ni. Kang banjir bilik kolej tu. 

Semalam aku pergi shopping barang dengan ibu. Memacam benda aku dah beli such as bantal, selimut, tuala, sunblock, sabun etc. Nak masuk U ni memang seriously banyak pakai duit. Yuran pengajian je dah RM400 setahun. Bebarang yang aku beli semalam je dah dekat 1k habis. So aku takkan memain kat sana nanti. Aku nak balas balik jasa ibu abah aku. InsyaAllah I will.

On the way balik semalam.

*Merah tu ibu
*Ungu aku

"Lepas ni siapa laa nak teman ibu pergi jumpa kawan, teman ibu shopping. Along tak ada."

"Nak buat cemane. Dah tiba masanya along sambung belajar. Sorry ibu."


Sebelum ni aku laa peneman ibu. Ibu nak bayar duit kereta kat Teluk Intan, aku teman. Ibu nak jumpa bussiness partner kat memana, aku teman. Ibu nak shopping beli memacam, aku teman. Ibu nak bawa aisya check up, aku teman. Aku memang bestfriend ibu laa senang cerita. Ke mana pun, memang berdua. Kekadang je bertiga dengan Alia sekali. Ibu juga tempat aku story memacam sebab ibu je orang yang PALING aku percaya. Ibu tahu je aku couple dengan siapa. Ibu siap bagi nasihat memacam lagi. Ibu pun berkenan dengan ex aku tu dulu. Haa korang ada? Tak ada kan? Ibu macam ni satu dalam infiniti. Yes ibu guwa memang sporting that's why aku sesangat sayang dengan ibu aku! Aku cerita kenapa aku clash dengan dia apa semua. Kalau cerita dengan kawan, memang habis satu dunia tahu. Ibu memang penyimpan rahsia no 1 aku. Sayang ibu!!

 Nih time trip sekolah lepas SPM. Ibu aku ikut sebab ibu kan satu sekolah dengan aku.

Otw pergi Melaka time ni. Ada bussiness preview. 

Ni gambar dah berzaman. Aku tak ingat nak pergi mana time ni. 

Pergi shopping kat KL.

Aku ingat lagi masa aku form 3. Dah lepas PMR, aku apply kolej vokasional kat setapak and dapat. Aku dapat course Fesyen dan Pakaian. Aku punya laa happy! Lepas check tu, aku terus call ibu. Actually time aku check result tu, aku kat rumah adik angkat aku. Aku tidur situ. Bila aku bagitahu ibu je, ibu dah sedih. Nangis dah ibu time tu. So aku tak sampai hati pula nak pergi tapi memang nak pergi. Bila dah bincang dengan cikgu kat sekolah, keputusannya aku tak pergi. Cikgu kaunselor cakap kalau kolej vokasional tak ada SPM. Kalau teknik, ada laa. So better stay, tak payah pindah. Then keputusannya berpihak kat ibu. Aku tak jadi pindah and stay SSB. 

Now, nak tak nak aku terpaksa juga pergi tinggalkan family. Aku harap keputusan aku pilih UiTM ni tak salah. Doakan yang terbaik untuk aku. To all my friends, belajar bebetul ye korang. Jangan memain dah. Ingat future kehh. To all ex 5SI1, aku nak cakap aku rindu korang semua sesangat wey! Aku rindu kenangan kita dalam kelas. Rindu nak gaduh, rindu nak gelak, rindu nak ponteng kelas (Opps, kantoi xD) ,rindu nak lelari pergi kantin and so on. Ada yang dah sambung form 6, ada yang nak masuk IPTS. Kemana pun korang sambung, jangan lupa friendship kita ye. Jangan left dari group 5SI1. Please stay! Amaran keras ni!




Tak payah spot aku dalam gambar sebab aku memang tak ada time tu. Aku tak datang sebab ada jpj motor. So sampai sini je laa entry kali ni. Sayang semua orang yang aku kenal!

NOTE: Actually aku buat entry ni dari semalam lagi but tak sesiap sebab wifi asyik problem. Finally siap juga. Enjoy.

No comments:

Post a Comment