Thursday, July 3, 2014

FIRST RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM.

Test.. Testtt.. Alhamdulillah hidup lagi blog aku ni. Aku busy sangat sekarang sampai lupa nak hupdate. Dari hari tu punya hari tu lagi dah terfikir nak update tapi masa tak mengizinkan. Now tengah rehat jumaat ni, aku curi masa kejap untuk update blog before aku continue buat assignment yang bertingkek tingkek tu. Perenggan first ni memang takkan ada isi yang menarik untuk dijadikan bahan ketawa *ada ke yang ketawa baca blog kau Eka?*

Tahun 2014 ni menjadi tahun paling bersejarah dalam hidup aku. Tahun yang paling mencabar buat aku. Aku dah masuk umur 18 walaupun belum official. First time puasa di negeri orang tanpa family di sisi. Bersahur, berbuka, pergi bazaar semua dengan roomates and classmates. Serius aku rindu puasa kat rumah, rindu nak merempit pergi bazaar dengan angah. Rindu suasana kat Sg Besar. Sejak masuk Uitm ni pada 7 jun tu, aku baru pernah balik rumah sekali. Alhamdulillah dapat juga balik and bersahur untuk first ramadan kat rumah. Even tak sempat berbuka sama sebab kejar tiket bas pada pukul 9.45 a.m, aku tetap bersyukur sebab dapat balik and tatap puas puas muka muka kesayangan aku kat sana. Now aku dah rindu dorang balik.

Alhamdulillah aku dah dapat sesuaikan diri aku dengan keadaan and suasana kat sini. Serious talk cakap SERONOK SANGAT dapat masuk Uitm ni! Dapat kenal dengan orang orang dari macam macam negeri. Belajar bahasa baru, culture baru, makanan baru. Semua laa baru. Classmate aku pula semua best. Semua sporting! Tak tahu nak cakap macam mana. Even belum cukup sebulan kat sini but aku dah sayang sangat sangat dengan group ABP1Bc! Korang the best sangat!! Aku harap kita akan kawan until jannah ok?

Alhamdulillah sekali lagi sebab puasa aku berjalan lancar sampai hari ni. Tak ada laa panas sangat sebab beberapa hari lepas Perlis asyik hujan je so seronok laa puasa. Sejuk dan tak penat. So aku tak kisah sangat pasal puasa. InsyaAllah berjalan lancar.

Sekarang just serabut dengan assignment and etc. Physics dah nak test dah but class selalu sangat cancel. Once again, SELALU! Can you imagine macam mana kami nak test kalau selalu cancel? Belajar sendiri? AKU TAK ADA BASIC PHYSICS weh! Tak faham sangat especially experiment kat lab tadi. Rasa nak menjerit je. Kami kena belajar or catch up balik laju laju before test. Next assignment ctu/agama. Yang ni aku tak kisah sebab aku memang semangat nak buat. Aku present pun lambat lagi 7/8/2014 nanti lepas raya. Dapat tajuk pasal Kewajipan Menunaikan Puasa. Senang kacang goreng *woii puasa* . Selain dari assignment, aku aktif dengan teater pula. Aku join Pentas Digma (PD). Aku jadi talents but bukan watak utama okay. Nanti pementasannya 15 16 17/8 kat Dewan Seri Semarak Uitm Perlis. Warga Uitm dialukan alukan. Abang abang senior PD tu selalu panggil aku Syira or syira junior sebab muka aku, badan, gaya semua sama dengan senior dorang part 5 nama Syira. Apid pun cakap sama gila. Aku tak perasan lagi mana satu orangnya. I hope one day I can meet that person. Nak selfie then upload insta, caption "kembar guwa."

 Time LP pagi tadi subjek GEO100 about surveying. Best! Ukur tanah and so on.





 Nih kat lab physics 3. Buat experiment 1. Guwa dah blur sangat time ni so ni laa kerja aku. Nasib baik kerja dalam group time ni.

 Erna Nurfazana yang comel. Aku selalu salah eja nama dia. Mesti tertulis "Erna Nurfarzana". Teringat pula kat adik angkat aku.

 Fadilah yang memang kaki selfie. Kat mana ada camera, situ laa dia nyelit. Comel sangat aku tengok! Perangai dia macam Aza sikit. Huwaaa rindu Aza!




NOTE : Tak sabar nak balik Sg Besar. Counting!

No comments:

Post a Comment