ASSALAMUALAIKUM
Sudah lama aku tidak berceloteh di dunia kedua ku ini. Adakah manusia manusia di luar sana merindui leteran dan bebelanku? Okay stop it. Annoying lah eka.
Almost 1 week dah aku start sem 2. Setelah sebulan lebih aku cuti, aku jalan, aku berjimba, cuba untuk menggemuk dan menaikkan berat badan but berat still maintain 30++, memang depressed sangat. Metabolisme yang terlalu tinggi barangkali. Cuti sebulan lebih tu berlalu dengan begitu pantas tapi takde lah pantas sangat sebab aku tak buat apa pun kat rumah tu. Jadi suri rumah je sepanjang cuti sem lepas. Pergi jalan jalan habiskan duit tu ada lah juga.
Sem 2 ni memang agak memenatkan. Jadual sumpah pack. Hari isnin je class start pukul 9, hari lain start pukul 8. Sedih tengok jadual macam tu. Rindu pula sem 1 yang tak terlalu membebankan. Tapi apa boleh buat kan, kita semakin dewasa, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui. Alhamdulillah sem 2 ni aku dapat duduk kolej. Tapi kolej dahlia, bukan kolej kesinai macam sem lepas. 4 orang 1 bilik. Agak besar biliknya tapi meja study and almari tak sebesar kesinai. Yang bestnya roommates aku, semua yang aku kenal. Seorang tu classmate aku, seorang lagi coursemate. Bilik aku bertiga je. Lagi gempak pabila aras bilik aku ni majoriti classmates and coursemates yang memang aku kenal. Malam malam bila kumpul ramai ramai, memang gamat lah suasana. So bagi aku, even dapat kolej dahlia yang agak jauh bila nak pergi class, kena mendaki tangga macam tangga batu caves tu, aku puas hati sebab dapat bilik yang dikelilingi kawan kawan sekelas. Seronok sangat dapat pergi class sama sama, penat naik tangga sama sama, lepak bilik raihan sama sama, makan sama sama, insyaAllah susah pun sama sama, senang pun sama sama. Nanti senang nak study sama sama so berjaya sama sama :)
Nanti 20/12 ni insyaAllah aku balik Selangor. Cuti mid sem sampai 4/1 . Dapat lah celebrate birthday kat rumah! Tapi aku tak rasa excited pun nak tunggu birthday aku tu. Sebab apa yang aku plan, tak jadi. Sedih yang teramat sangat tapi apa boleh buat, perancangan Allah tu lebih baik untuk kita so aku terima dengan hati terbuka.
Next year, ibu nak bawa family aku pergi bercuti kat sabah and you know what? Aku kena tinggal. Tak dapat ikut sebab aku tengah final exam masa tu. Ibu nak pergi bulan 3, masa cuti sekolah. Aku cuti sem bulan 4. Ibu cakap tiket flight tengah murah bulan 3 tu so aku kena tinggal lah. Sedih *lap air mata
Ibu cakap next time along pergi lah okay. Pergi seorang, ibu bagi duit. Aku okay je tapi ibu tu cakap je berani. Mana lah dia bagi anak dara dia ni pergi travel seorang seorang. Siapa tak sayang anak kan? Yang takda hati perut usus jantung je yang tak sayang anak dia.
NOTE : Aku harap sangat aku dapat jadi lebih baik sem 2 ni


No comments:
Post a Comment