Sunday, October 1, 2017

COOK EVERY SINGLE DAY?

Okay, guys. I'm back from having a veeeeryyyyyyyyyyyyyy long holiday. I thought I went there for some work because I go with my officemates and under MARDI starting 24/9-28/9. The location is at Taman Tropika Kenyir (TTK), Terengganu. Basically, we stayed at Pulau Sungai Tekak. It takes around 20 minutes using the boat from jetty TTK to that island. Before that, my officemates told us there's no signal at all at that island so I went there well prepared mentally. I had to live without signal for 5 days. Can you guys live like that?

Alright, kami gerak ke terengganu on sunday at 1 pm. From MARDI to terengganu is sooooooo far. Around 200++ km. Singgah beberapa rnr before sampai TTK. We arrived at the jetty at 7.30 pm so kami naik boat tu waktu malam okay guys?!!! Agak scary and sejuk jugak lah. Sampai sampai je pulau tu, letak barang dalam bilik (orang sana panggil chalet) but its a room for me because kecil and bangunan kayu, katil 2 double decker. Maklum lah, kami basically duduk pulau so tak expect untuk stay kat tempat mewah and so on. Officemates aku cakap bilik kitorang duduk tu bilik VIP sebab doctor pun stay bilik macam tu. Bilik doctor actually sebelah bilik kami je but doctor tak gerak sekali dengan kami. Doctor datang situ hari selasa so agak aman duduk situ before doctor datang. After letak barang, kami terus pergi dapur and masak sebab abang abang office semua dah kebulur. Kami masak simple je lah sebab masing masing penat kan.

Dah settle masak, kami masuk bilik and prepare to sleep. Bilik tu memang sejuk gila waktu malam and memang ada kipas je dalam bilik tu. Kat pulau tu, everything dihidupkan guna generator and that generator cuma berfungsi waktu malam sampai pagi around 10 lebih. After that, generator dimatikan sampai pukul 4 petang. So kalau duduk bilik tu waktu tengahari or petang, memang berasap lah. Panas bilik tu. But kami takda masa sangat pun nak lepak dalam bilik. Wanna know why? Ha ni klimaks ceritanya.

Hidup kami siang, malam, pagi, petang cuma memasak sahaja guys. MEMASAK!! Aku punya ingat aku datang sana sebab kerja, ada kerja nak kena buat rupanya kerja kami cuma memasak every single day. Yes I understand memang kena masak sebab duduk pulau, takda kedai nak order makanan melainkan kena naik boat pergi jetty and makan kat situ. Okay okay aku faham. Tapi habis je masak sarapan pukul 8 lebih or 9, makan makan and kemas dapur, pukul 10 lebih baru settle. Masuk bilik sekejap, rest, pukul 12 keluar masak balik. Masak masak apa semua, pung pang pung pang, pukul 2 lebih settle. Dah settle, masuk bilik untuk solat and rest. Then petang tu around 5 petang, kami pergi lepak kat jetty tepi tasik tu. Air tasik tu bagai memanggil manggil je so decide nak mandi tasik. Pergi ambil life jacket, tukar baju then terjunnnnnnnnn!!! (takdalah terjun betul betul, turun slow slow sebab takut. HAHAHAHAHA). First time mandi tasik, baru tahu kaki tak jejak langsung. Dalam terus melainkan betul betul tepi tasik tu, turun kejap je kat situ then terus dalam. Seram jugak first time tu then lama lama dah seronok. Aku berenang jauh jauh but not really far sebab takut life jacket problem ke apa, susah pulak nanti. Aku mandi dengan aina, dira and kak hajar. Kak farisa tak berani nak turun sebab dia takut nak mandi tasik. Dira at first memang tak berani. Dia fobia but dia ada courage nak try. Aina pun takut but berani sikit lah daripada dira. Limit mandi tasik tu 2 jam je sebab life jacket tu berfungsi limit 2 jam. Lebih dari tu, life jacket tu tak dapat support dah. Kami berendam tu adalah dalam sejam jugak. 6 lebih dah naik sebab nak siap siap untuk masak dinner pulak.

After settle solat maghrib, kami pun gerak pergi dapur. Masingmasing decide nak masak nasi goreng je malam tu sebab penat so kami buat nasi goreng. Disebabkan kena masak for around 10 people, kami cuba bajet bajet, cukup ke tak nasi yang kami masak untuk malam tu. Rasa macam banyak dah masak so cukup lah kot. Kami yang perempuan 5 orang ni makan tak banyak pun but yang lelaki tu tak tahu lah macam mana kan. Dah siap masak, kami nak makan and panggil lah yang lain, ajak makan. Yang first datang dapur after kami panggil tu, pak cik driver van (not really a pak cik, agak muda dalam 30-an and anak 2 orang but aku panggil pak cik jugak sebab GERAM). Dia datang then ambik pinggan, ceduk nasi goreng tu sampai 5 SENDUK GUYS, 5 SENDUK FULL!! Ya Allah, tak fikir orang lain langsung. Kitorang dah lah tak pandai nak bajet sangat nasi tu cukup ke tak, dia boleh datang and ambik sampai 5 senduk full. Ye aku tahu kau gemuk, tong perut besar tapi fikir lah orang lain jugak. Lelaki termasuk kau ada dalam 7-8 orang lagi tau. Have common sense lah. Kak hajar yang nak ambil nasi pun terpaksa ambil sikit je sebab kau dah ambil banyak gila. Abang wan yang last ambil, dapat lah dalam 1 senduk sikit. Tu pun tak full senduk tu. Kesian je aku tengok abang wan. Sabar jelah aku dengan pak cik gemuk tu! Dia bukannya buat kerja pun kat situ, abang abang lain tu yang busy buat wiring apa semua. Dia pula yang makan banyak. So kami decide untuk masak lebih keesokan harinya.

So hari ketiga kami bangun awal macam biasa. Lepas subuh, terus pergi dapur masak sarapan. Dah settle masak tu, kitorang rilek rilek lepak kat balkoni bilik menghadap tasik tu. Sumpah tenang sangat view kat situ. Pagi pagi pun cantik. Bila takda benda nak buat, dorang ajak mandi tasik lagi. So aku pun tukar baju, ambil life jacket then mandi!! Berendam sampai pukul 11 lebih macam tu lah, sejam lebih. Then naik tukar baju, mandi and siap siap sebab abang wan ajak pergi pulau sebelah. Pulau tekak besar namanya. Tengahari tu abang wan cakap tak payah masak sebab nak keluar pergi kuala berang so makan kat luar. Bila dapat keluar tu memang seronok lah sebab naik boat and ada line!! Tapi keluar tu pukul 2 lebih sebab kena pergi pulau sebelah dulu. Abang abang office ada kerja sikit.
So kami pun melepak lah kat pulau sebelah, berposing and ambil gambar buat kenangan. Panas jugak lah masa tu sebab takda angin and tengahari pulak tu. Dah penat bergambar, kami lepak je dekat jetty pulau tu tunggu boat ambil. Borak pasal masa depan lah, masa lepas lah, ex lah. Macam macam cerita keluar.

Bila dah balik pulau, solat and siap siap, keluar balik pergi jetty TTK. Best gila naik boat waktu siang but boat tu tak laju mana. Sampai jetty, makan kat jetty dulu then terus gerak. Abang abang tu keluar nak cari barang untuk wiring, kami cuma mengikut je sebab bosan duduk pulau. Lama jugak lah keluar tu, sempat singgah rumah aina lagi kat wakaf tapai. Dia nak ambil phone baru dia sebab phone lama dia rosak. Then singgah minum petang, makan keropok lekor and abc. Hujan lebat pulak masa stop makan petang tu. Berlari pergi kat van then gerak balik. Sampai pulau tu dalam pukul 7 lebih jugak lah. Kami yang perempuan ni ingat tak payah lah masak dah sebab dorang semua dah makan. Bila sampai je kat jetty pulau tu, pak cik driver gemuk tu bersuara "angkat barang dapur ni, pergi masak. Laki korang ni semua lapar" . WHAT THE FISH?? Sumpah nak meletup rasa time tu. Aku dah buat muka dah, kak farisa cakap "nak masak jugak ke?" . Pak cik tu balas balik "tadi tu makan petang, ishh korang ni" . Aku memang dah menyumpah nyumpah dalam hati. Sampai sekarang aku rasa geramnya. Dia bukannya buat kerja pun, asyik lepak bilik, lepak dapur, makan, tidur. Yang buat wiring apa semua tu, abang wan, abang mi semua tu. Dia pulak yang bising suruh masak. Aku boleh terima kalau dia cakap elok elok, ni ayat dia macam kami ni orang gaji dia, bini dia. Eh bila masanya kami ni jadi bini kau!!! Cakap lah elok elok. Kalau aku ni tak fikir dia tu lagi tua, nak sound je rasa.

Kami pun bawa mengucap banyak banyak, pergi dapur and start masak. Masak simple simple jelah, and kami masak lebih. Haa makan lah kau. Kalau tak habis, siap lah!
Dah settle makan apa semua, kami berlalu masuk bilik and apa lagi, lepaskan geram lah. Sumpah geram gila kat pak cik driver gemuk tu!!

So sampai situ dulu lah. Nantikan COOK EVERY SINGLE DAY PART 2.

1 comment:

  1. Merkur Gold Strike Safety Razor - FEBCASINO
    Merkur's Gold https://febcasino.com/review/merit-casino/ Strike Safety Razor, Merkur Platinum Edge Plated Finish, German, Gold-Plated, herzamanindir.com/ Satin Chrome Finish. Merkur has a more apr casino aggressive looking, งานออนไลน์

    ReplyDelete