Monday, June 23, 2014

NEW HEARTBEAT

ASSALAMUALAIKUM

Holla guys! Bersawang dah blog aku ni ditinggalkan tanpa penjagaan rapi. Okay ayat BM aku semakin bagus. Teruskan Eka. Toksah nak merepek. Hari ni aku isytihar hari paling bahagia sedunia sebabnya semua class cancel. Yayy. Jangan contohi sikapku ini. Patutnya hari ni ada 2 class. Satu GEO100, satu lagi pre calculus. Disebabkan cancel, aku and classmates plan nak pergi library laa lepas zuhur nanti. Memandangkan sekarang aku tengah mati kutu tak tahu nak buat apa, aku mengadap laa belog kesayangan aku ni. Nani tidur pula so tak dapat ajak dia sembang sembang. Class dia pun semua cancel hari ni. Ara je busy. Sian Ara. Letih je aku tengok muka dia.

Aku nak story pasal classmates aku ni. Sejak Afiq (group admin whatsapp) buat whatsapp group untuk class kami APD1Bc, kami dah jadi rapat dengan budak-budak lelaki. Kira rapat laa sekelas. Kalau tak dulu memang tak bercakap dengan lelaki. Nama pun tak tahu siapa. So now, terima kasih banyak-banyak laa kat Apid (nama manja afiq). Best bila dah rapat dengan classmates ni! :D

 Fiwwit. Comel kan? Tudung pink tu panggil Ena. Dia ni fanatik sangat dengan Ahmad Ammar. Aku suka dengar dia story pasal Ahmad Ammar. Dia pandai and suka selfie juga. Nasihat and kata-kata semangat dari dia amat-amat buat aku kagum. Yang tudung hitam tu pula panggil Ila. Aku suka dengar dia gelak! Everytime dia gelak, confirm aku ikut gelak. But still tak dapat tandingi gelak Intan. Aku rindu Intan weh!

Yang purple tu Fiqah. Dia yang paling tua dalam class. Umur 19 ye korang tapi kami tak panggil kakak pun. Rasanya a few je yang tahu dia 19. Aku rapat dengan dia dulu laa dalam class before rapat dengan yang lain. Yang buat peace pula Ainatul. Just call her Aina. Dia ni aku tak tahu nak describe macam mana sebab tak rapat sangat but selesa kawan dengan dia. Hujung belah kanan tu Farhana. Dia agak pendiam but selalu senyum. Suka sangat tengok dia senyum. Huwaaa comel! Yang kecil kat belakang tu Dacy. She's from Sarawak guys. Jauh tu menuntut ilmu. Sampai ke Perlis ni. Dacy ni seorang yang sangat kuat makan but kau sendiri tengok laa. Kecil je orangnya. Tinggi 140++. Badan tak besar pun tapi perut tu, tak tahu laa perut apa. 24/7 laparnya. Talkative orangnya. Putri Alya nama diberi kat gadis yang berbaju putih bunga pink tu. Aku panggil Putri. Ada yang panggil Alya. So ikut korang laa nak panggil yang mana. Jangan panggil yang bukan bukan sudah. Aku shoot kang (ayat apid) . Putri ni comel! Manis je muka. Dia dari Johor. Haa jauh juga dia mengembara. Kalau aku pun dah kira jauh, Putri apatah lagi. Even tak berapa rapat sangat but suka kawan dengan dia :*

 WEfie dulu sebelum masuk class. Yang pakai spec tu aku tak ingat laa namanya. Aku tak pernah lagi bersembang dengan dia. Dia sangat-sangat pendiam. Yang belakang Fiqah tu pun tak ingat nama tapi pernah borak laa. Sorry korang sebab tak ingat nama. Memory otak full. Yang baju kurung merah tu Emi namanya. Dia asal mana? Tak ingat. Dia rapat dengan budak depan dia tu. Tu yang aku tak ingat sangat details mereka sebab mereka tak jalan sekali dengan kami. Jumpa dalam class je. Lepas class, tak nampak dah.

 Ni pula para jejaka dalam class aku. Baju biru/purple tu laa Apid. Dia asal Selangor sama aku. Stay Tanjung Karang so kalau dah habis belajar nanti tak kesah laa sangat. Aku boleh drive je pergi Tanjung Karang tu jumpa dia. Cewahh poyo. Lama tak drive!
Baju hitam panggil Wan. Dia class rep for Phy subject. Seorang yang funny, suka ketawa. Kalau nak study kat library, jangan bawa partner yang serius belajar time ada Wan. Memang kau tak belajar punya. Ketawa je laa nanti. Wan asal Pahang kalau tak silap. Kalau silap, sorry Wan.
Yang tinggi berbaju oren kat belakang tu namanya Alep. Dia ni pun aku tak tahu nak describe macam mana.

 Makhluk paling tinggi dalam kelas aku. 170++. Asal Penang. Aiman tak kisah. Haha peminat setia Brazil. Dia seangkatan dengan Dacy, asyik lapar memanjang. Kalau dia tak cakap lapar dalam group whatsapp, Dacy yang cakap.

 Ni Afif atau nama glamournya Ayong. Aku pun tak tahu apa motif budak lelaki panggil dia Ayong. Aku tak pernah lagi borak dengan dia. Dia pun tak aktif dalam group whatsapp so no komen.

 Sempat lagi mereka berkaraoke. Ni kat Cmart kut. Hanya beberapa minit dari UiTM. Naik teksi RM8 je satu kereta. Kalau pergi berempat, RM2 seorang.



Apid seorang yang suka sangat bersukan. Minat main pingpong. Selalu main petang-petang. Dia ajak kami tapi kami malas nak jalan. Jauh kompleks tu dengan kolej and tak reti main pun.

Yang baju hijau tu alif apa entah namanya, aku tak ingat. Tak pernah lagi sembang dengan dia so tak tahu dia macam mana. Yang baju merah belakang apid tu namanya Adha. Dia ni aku pun tak tahu nak describe macam mana sebab tak rapat. Tak ingat laa pernah sembang ke tak dengan dia. Baju merah belah kanan ni syarifudin. Dia ni misteri bagi aku and tak kenal pun dia ni macam mana.
Tak kesah laa macam mana kita tak rapat sekalipun but aku tetap sayang semua classmates aku!

NOTE : Aku seronok sangat dapat kenal korang. Hopefully kita kawan until Jannah. Ameen. APD1Bc SEMPOI!!

Monday, June 16, 2014

FIFA World Cup

ASSALAMUALAIKUM

Title entry kali ni memang tengah hangat dibicarakan di corong corong radio mahupun di kaca televisyen. Macam pembaca berita. Ecewah. Nyampah. Tepat jam 2.30 PM ni, aku hupdated disebabkan aku tak boleh tidur. Aku sendiri pun tak faham dengan mata sendiri. Time free tak ada class ni, "dia" tak mahu tidur pula. Time aku busy ada class, jadual pack, time tu laa "dia" ngantuk. Padahal aku tidur lambat malam tadi sebab tengok FIFA WORLD CUP weh! First time sebenarnya aku tengok. Sebelum ni kat rumah pun tak pernah tengok sebab tak ada kawan nak tengok. Abah tak rajin nak bangun pepagi buta or berjaga sampai pagi semata-mata nak tengok benda tu. Malam tadi aku pergi dengan Nani (my roomate) sebab dia teringin sangat nak tengok. Aku pun memang nak tengok. Memandangkan class aku pada pagi tadi mula pukul 11 so aku pun terima laa pelawaan dia untuk pergi tengok. Tengok kat skrin besar ye korang, not TV xD . Memang gempak laa malam tadi. Dengan saingan sengitnya. Game pun best. Portugal vs German. Memang ramai yang datang tengok malam tadi.


Suasananya memang macam kat stadium. Sumpah best. Pengalaman pertama aku yang menarik kat UiTM Perlis ni :') . Bilangan para siswi yang tengok confirm tak seramai siswa. Aku sokong group mana? Haa rahsia laa. Yang dah tahu, PLEASE senyap. German menang dengan keputusan 4-0. Kalah teruk Portugal. Pehh memang senyap je penyokong Portugal malam tadi. Memula je excited. Dah masuk gol ketiga tu, memasing dah senyap. Tengok je. Adat laa tu kan. Nama pun game. Ada kalah, ada menang. Yang penting, Christiano Ronaldo sangat hensem malam tadi! Aaaaa melting aku :'D .


See. Raja muda Perlis pun ada mai taw. Habis dalam pukul 2 macam tu laa. Balik tu, aku cuci muka gosok gigi apa semua, terus landing and mimpi. Tak ingat pula aku mimpi apa malam tadi. First time aku tidur lambat sepanjang aku berada di sini. Ciss ayat.
Whatever it is, memang seronok sangat malam tadi. Lepas ni nak pergi tengok terus kat stadium. Sumpah teringin gila nak tengok kat stadium. Please someone bring me there :'( . Eh guwa dah ada lesen laa. Boleh drive sendiri. Okay thanks je laa kepada yang baru nak offer tadi. *ayat minta kaki*

NOTE : GUWA NAK TENGOK FIFA LAGI. BOLEH USHA ABANG SENIOR YANG HENSEM HENSEM LAGI xD

Saturday, June 14, 2014

MDS? I Hate It.

ASSALAMUALAIKUM

Aku masih dalam mood kepenatan ni tapi macam malas nak tidur lagi. Esok pun tak ada class and guess what? Esok nak date lagi dengan nani, my roomate! Nak suruh dia bawa aku jenjalan kat Perlis ni. Maklum laa tempat dia kan so dia guide aku laa nanti. Nak beli barang sikit dengan stok makanan. Habis dah biskut kat bilik ni. Sedihhh

Hari ni hari last mds. Tahu kan mds tu apa? Aku dah pernah bagitau kat post sebelum ni. Mds tu sama orientasi tapi ni laa orientasi yang first aku pergi yang paling paling bosan. Sangat sangat membosankan. Dengan panasnya, ngantuk lagi. Yang para siswa seronok laa, duduk dewan besar, ada aircond. Kami para siswi terpaksa duduk kat dewan makan siswa sebab bilangan kami yang terlebih ramai tahun ni. Para OC or lebih dikenali sebagai PMDS (Pembantu Minggu Destini Siswa) pun bagitahu ni orientasi pertama siswa dan siswi dipisahkan sebab jumlah siswi ramai. Siswi 1k lebih, siswa 800 lebih.

First time aku masuk daftar kat uitm perlis ni, benda pertama yang terlintas ialah "aku nak balik rumah." Serious talk! Aku tak pernah duduk asrama, tak biasa berdikari. Ada juga rasa menyesal sebab tak pilih form 6 tapi bila dengar abang abang OC cakap kami ni antara insan bertuah sebab dapat masuk UiTM. Ramai lagi yang kat luar sana tu yang nak, yang teringin nak masuk UiTM tapi tak dapat so aku pandang dari sudut positif. Alhamdulillah :'D . 1 lagi aku fikir, kalau aku asyik nak duduk rumah je, berkepit je dengan ibu abah aku, time bila aku nak belajar berdikari right? Aku memang takkan berdikari punya kalau terus stay kat rumah. Kat sini everything kena buat sendiri. Duit pun kita sendiri yang control. Belajar berjimat, kawal duit tapi memang serius aku cakap, duit keluar macam waterfall. Aku nak save save sikit duit makan, nak kurangkan makan laa tapi ibu tak bagi. Ibu cakap kalau nak jimat, jimat laa benda lain. Aku pun fikir laa, nak jimat apa? Aku guna duit kat sini untuk makan, beli buku and beli benda benda yang memang diwajibkan beli such as baju koko, sticker eletrik and so on. So aku rasa macam tak ada laa aku membazir kat sini sebab aku tak ada guna duit tu untuk benda benda yang tak perlu.

Hari ni hari last mds. Pagi tadi bangun pukul 4.50. Mandi siap apa semua, kumpul kat dataran. Then bila semua dah berkumpul, gerak reramai pergi PI (Pusat Islam) untuk solat jemaah sesama. Kat dalam surau tu memang memacam gaya tidur aku tengok. Yela, tidur pukul 12 1 pagi, bangun pukul 4 pagi. Gila tak ngantuk? Lepas je solat, pom pang pom pang then gerak pergi breakfast. Breakfast pula dia bagi nasi lemak. Haa lagi bertambah ngantuk time kat dewan. Mds kan memang taklimat je 24/7 so memang aku banyak kali laa tersengguk-sengguk dalam dewan tu. Nasib baik gambar aku tertidur tak ada. Kalau dok buat malu je.

Tentatifnya sama je. Solat, makan, taklimat, tidur xD. Habis mds tadi petang pukul 6.15. Time penutup laa yang best. Time tu laa tak ngantuk sebab ada dengar lagu, tengok video, ada laa sedih sedih, suka suka. Aku cover je time part sedih je, tak nak nangis. Kang menggelabah cari tisu bagai. Malas aku and now, mds is over! Yayy alhamdulillah! :D . Tak perlu bangun seawal jam 4.30 pagi lagi, tak perlu makan selaju roket dengan masa 2 minit je but rindu dengan abang akak OC tu. Rindu ayat rasmi mereka "Siswi, rapat kiri. Cepat jalan siswi. Tak nak ada gap." . I'm pretty sure I'll miss that. Nak jadi OC juga laa nanti. Ameen.

Dah, time to sleep. Enough for tonight. Goodnight :)

Thursday, June 12, 2014

New Life Begin

ASSALAMUALAIKUM

Disebabkan aku tak ada class dah sekarang so aku pun menggunakan masa yang terluang ni untuk berkongsi cerita dengan hangpa semua. Cewahh, utaro maii naa. Nak tidur tapi takut pula malam nanti tak boleh tidur so updated blog lagi baguihh *pahal bahasa aku bercampur nih?*


Tudia roomate aku. Haa mana satu berkenan? Nak? Boleh jalan! Dedua aku punya! Bhahaha *okay lempang Atikah reramai* . Yang bertudung biru itu panggil Ara. Dia laa yang dari Ipoh, Perak. Dia ambil diploma sains kat uitm arau ni. Antara kami bertiga, dia laa yang paling busy sekali. Kalau keluar pergi kelas pagi jam 8, petang baru dia balik bilik. Memang susah laa nak jumpa dia kat bilik kalau tengahari. Kat kampus pun susah gila nak nampak bayang dia. Mana dia menyorok pun aku tak tahu. Masih menjadi misteri. Selalunya aku dengan nani je ada kat bilik time lunch. Jadual ara ni memang pack, maklum laa diploma sains kan. Kelas hari-hari pukul 8. Kalau lecturer ada cancel class, boleh laa rehat lelama sikit. Dia transit je kejap kat uitm arau ni. Sem 2 nanti pindah uitm tapah. Memula macam tu laa yang kami tahu tapi bila aku tanya ara balik, dia cakap tak confirm lagi sebab dengar cerita 2k orang je yang akan dipindahkan ke tapah. Aku gembira gila dengar! Harap-harap ara stay sini je laa. Dah dapat roomate yang ngam ni, susah nak lepaskan. Bukan senang nak dapat roomate and kawan yang ngam dengan kita kan?

Yang tudung purple comel molek tu pula nama manjanya nani. Haa dia ni memang budak perlis laa. 20 minit je uitm ni dari rumah dia. Dekat kan? Cuti bebila nanti, aku balik rumah dia je laa. Dia ambil pra diploma perdagangan. Kejap juga kat sini. Hmpp sedihnya laa. Kenapa laa dedua nak tinggal aku? :( . Dia ni masa aku memula kenal, senyum je. Macam pendiam je orangnya. Sekali bila dah kenal, baru aku tau dia ni gegila juga orangnya. Sekepala laa dengan aku. Haa yang menariknya, minat kami sama! Aku suka gila baca novel, dia pun sama! Kalau kami dah dapat novel, kami baca je sampai makan pun tak nak. Kiranya selagi tak habis novel tu, selagi tu kami tak berhenti baca. Memang addict laa. One more thing, dia pun minat tulis blog! Memula dia tanya aku ada blog tak, aku cakap laa ada. Lepas tu muka dia punya excited!

"Ajar nani buat blog ika! Nani minat tulis blog ni tapi tak reti."

Aku pun lagi laa excited nak ajar dia. Aku memang minat bab bab blog ni so satu malam tu aku ajar dia buat blog tu je. Dia nak guna blogskin so aku suruh laa dia pilih skin. Dia dah rambang mata dah bila nampak skin skin tu. Banyak gila lelawa. Cecomel je. Aku biar laa dia pilih dulu then aku ajar dia edit, tukar template, buat cbox and so on. Best sesangat bila dapat member sama minat ni! :D . 






Kami selfie dulu sebelum pergi kelas pagi tadi. Aku dengan nani purple, ara blue pula. Kalau tak, dah sama dah. Pagi tadi tetiga class pukul 11, tuh yang sempat selfie. Save jadi kenangan. Hehe

NOTE : Mehh reramai follow blog nani nohh http://nurnaniey.blogspot.com/

Tuesday, June 10, 2014

UiTM Perlis In My Heart

ASSALAMUALAIKUM

Hai uolls! Lama tak berkongsi cerita kan? So sorry, since aku daftar uitm 7.6.2014 hari tu, aku busy dengan MDS (Minggu Destini Siswa). MDS tu sama ja dengan orientasi. Sepatutnya mahasiswa dan mahasiswi UiTM daftar 1 dan 2 jun tapi UiTM aku je daftar lambat. 7 haribulan sebab Perlis jadi tuan rumah untuk SUKMA so asrama U kami digunapakai. Punya laa aku tunggu 7 haribulan tu sampai aku memarah, kenapa U aku je daftar lambat but now aku bersyukur sangat kitorang daftar lambat. Haa nak tahu sebab apa? Sebabnya orientasi kami jadi kejap je. Patutnya seminggu tapi kami 3 hari je. 7, 8 dengan 14 haribulan. Kiranya 14 tu penutup MDS laa. 9 haribulan dah start kuliah. Memang MDS tu sesuatu yang sangat dibenci ramai. Ecewah ayat nak gempak je. Tapi serius memang benci MDS. Kalau ada aktiviti ke hape ke, tak apa laa juga. Nih tak. Asyik asyik taklimat, taklimat dan taklimat. Mehh aku cerita jadual kami time MDS na. 

Bangun pukul 5 lebih, nak mandi and get ready untuk subuh berjemaah kat P.I (Pusat Islam). Habis solat subuh, ada laa macam ceramah sikit. Then berkumpul depan P.I. Duduk laa lelama kat situ sampai akak senior bagi arahan untuk bangun. Bila bangun, berbaris dulu. Then baru gerak pergi dewan. Kami diberi taklimat memacam laa dalam dewan tu. Taklimat pasal course, koko, kesihatan, polis bantuan and so on. Masuk waktu zuhur, kami disuruh bergerak ke Dewan Makan Kesinai untuk lunch. Lunch tu dibagi masa 2 minit je. Ayat biasa dengar dalam DM tu "cepat makan siswi, 2 minit je. Tak payah borak borak, orang lain pun nak makan juga." . See, aku sendiri dah hafal ayat akak akak senior tu. Habis ja lunch, terus gerak pergi P.I untuk zuhur. Zuhur pun solat berjemaah. Memang time MDS, solat berjemaah, makan pun berjemaah, balik kolej pun berjemaah. Mengeratkan silaturahim kan? 

Habis je solat, berkumpul lagi depan P.I. Then sama juga, gerak balik pergi dewan untuk dengar taklimat lagi. Senang cerita, dewan, dewan makan dengan P.I tu macam tempat rasmi kami time MDS laa. Dewan pula panas. Kipas tinggi melangit, aircond tak ada, memang mandi peluh kami kat dalam dewan tu. Dewan tu memang tak ada aircond, kipas je sebab tu dulu dewan makan siswa. Disebabkan para siswa guna Dewan Seri Semarak (Dewan Besar), kami para sisiwi guna laa dewan tu. Untung laa siswa, sejuk je. Duduk lelama pun tak apa. Kami laa tak tahan. Memang seksa laa. Ngantuk+penat+panas. Full package. So aku memang bersyukur sesangat MDS kami tak sampai seminggu. Alhamdulillah :'D

Semalam 9.6.2014, kami dah start class. Class aku start pukul 8 semalam. Memang jadual aku pack gila kalau hari isnin. Dari pukul 8 sampai 4.20 petang, tak ada gap. Lepas 4.20 tu baru free sampai malam. But semalam tak se pack yang disangka. Lecturer semuanya lepaskan kami awal sebab 1st kelas kan so tak ada benda lagi nak diajar. Just sesi kenalkan diri je. So ada laa gap *ciss, tadi cakap tak ada gap.*

Semalam just kelas Mat, ELC, Geo dengan Physics. Aku sebenarnya agak shocked juga bila dapat tahu course aku ada fizik. Bila aku fikir balik, boleh ke aku bawa course ni? Mampu ke aku? Pelbagai persoalan yang timbul. Add math pun ada. Masa diberi taklimat malam semalam, abang senior yang sama course dengan aku cakap ramai siswi yang kantoi subjek pre calculus so diorang repeat paper. Ada yang extend. Aku jadi terkelu. Ya Allah, harap harap aku bukan salah satu dari para siswi yang kantoi subjek pre calculus. Satu subjek pun aku tak nak repeat. InsyaAllah. Nak tak nak, aku dah daftar course ni so aku kena go on. 

Sedar tak sedar, dah 4 hari aku kat UiTM ni. Seriously aku still dalam mood homesick. Ya, biasa laa tu kan. Tinggal jauh dari family buat aku rasa sedih sangat. Aku tak pernah pisah lelama and jauh ceni dengan family. Tak pernah duduk asrama, tak pernah puasa kat tempat orang. Bila fikir balik, nak jatuh air mata aku. Kat sini, semua kena buat sendiri. Berdikari. Basuh baju pun guna tangan. 1st time buat, pehh lenguh tangan aku yang comel ni. Ada washing machine tapi malas pula nak turun bawah pergi bawa baldi kat machine tu. Korang percaya tak kalau aku cakap aku tak nangis lagi sampai hari ni? Tak percaya? Ada aku kesah? 
Memang itu kenyataannya. Aku just nak nangis but belum nangis. Ibu kat sana, hampir tiap malam nangis. Even ibu tak bagitau aku tapi aku baca komen komen ibu kat facebook, moment ibu kat wechat. Along pun rindu ibu, rindu masakan ibu, rindu rumah. Ibu tunggu along balik raya nanti na. 

Even homesick dan rasa nak balik and tak nak dah duduk sini, aku tetap rasa UiTM ni best. Bebas je. Dapat roomate pun baik, classmate pun peramah. Semua dari bermacam negeri. Roomate aku seorang dari Perlis, seorang lagi dari Ipoh. Bila roomate aku yang Perlis ni cakap bahasa dia, aku jadi terikut ikut dah. Bahasa dia aku boleh faham lagi tapi bila classmate aku yang dari kelantan tu kecek kelate, aku mula blank. Apa benda yang dia cakap ni? Aku faham sesikit je. Baru lagi kan kat sini, lelama nanti semua bahasa aku mahir bercakap. Haa balik selangor, aku cakap Perlis dengan depa. 

Ambil kau, panjang entry aku kali ni. Banyak sangat sebenarnya yang aku nak share dengan hangpa semua tapi tak apa aih. Next time pula na. Thanks sebab sudi baca cerita aku yang banyak merepek ni. Assalamualaikum :)