Tuesday, June 10, 2014

UiTM Perlis In My Heart

ASSALAMUALAIKUM

Hai uolls! Lama tak berkongsi cerita kan? So sorry, since aku daftar uitm 7.6.2014 hari tu, aku busy dengan MDS (Minggu Destini Siswa). MDS tu sama ja dengan orientasi. Sepatutnya mahasiswa dan mahasiswi UiTM daftar 1 dan 2 jun tapi UiTM aku je daftar lambat. 7 haribulan sebab Perlis jadi tuan rumah untuk SUKMA so asrama U kami digunapakai. Punya laa aku tunggu 7 haribulan tu sampai aku memarah, kenapa U aku je daftar lambat but now aku bersyukur sangat kitorang daftar lambat. Haa nak tahu sebab apa? Sebabnya orientasi kami jadi kejap je. Patutnya seminggu tapi kami 3 hari je. 7, 8 dengan 14 haribulan. Kiranya 14 tu penutup MDS laa. 9 haribulan dah start kuliah. Memang MDS tu sesuatu yang sangat dibenci ramai. Ecewah ayat nak gempak je. Tapi serius memang benci MDS. Kalau ada aktiviti ke hape ke, tak apa laa juga. Nih tak. Asyik asyik taklimat, taklimat dan taklimat. Mehh aku cerita jadual kami time MDS na. 

Bangun pukul 5 lebih, nak mandi and get ready untuk subuh berjemaah kat P.I (Pusat Islam). Habis solat subuh, ada laa macam ceramah sikit. Then berkumpul depan P.I. Duduk laa lelama kat situ sampai akak senior bagi arahan untuk bangun. Bila bangun, berbaris dulu. Then baru gerak pergi dewan. Kami diberi taklimat memacam laa dalam dewan tu. Taklimat pasal course, koko, kesihatan, polis bantuan and so on. Masuk waktu zuhur, kami disuruh bergerak ke Dewan Makan Kesinai untuk lunch. Lunch tu dibagi masa 2 minit je. Ayat biasa dengar dalam DM tu "cepat makan siswi, 2 minit je. Tak payah borak borak, orang lain pun nak makan juga." . See, aku sendiri dah hafal ayat akak akak senior tu. Habis ja lunch, terus gerak pergi P.I untuk zuhur. Zuhur pun solat berjemaah. Memang time MDS, solat berjemaah, makan pun berjemaah, balik kolej pun berjemaah. Mengeratkan silaturahim kan? 

Habis je solat, berkumpul lagi depan P.I. Then sama juga, gerak balik pergi dewan untuk dengar taklimat lagi. Senang cerita, dewan, dewan makan dengan P.I tu macam tempat rasmi kami time MDS laa. Dewan pula panas. Kipas tinggi melangit, aircond tak ada, memang mandi peluh kami kat dalam dewan tu. Dewan tu memang tak ada aircond, kipas je sebab tu dulu dewan makan siswa. Disebabkan para siswa guna Dewan Seri Semarak (Dewan Besar), kami para sisiwi guna laa dewan tu. Untung laa siswa, sejuk je. Duduk lelama pun tak apa. Kami laa tak tahan. Memang seksa laa. Ngantuk+penat+panas. Full package. So aku memang bersyukur sesangat MDS kami tak sampai seminggu. Alhamdulillah :'D

Semalam 9.6.2014, kami dah start class. Class aku start pukul 8 semalam. Memang jadual aku pack gila kalau hari isnin. Dari pukul 8 sampai 4.20 petang, tak ada gap. Lepas 4.20 tu baru free sampai malam. But semalam tak se pack yang disangka. Lecturer semuanya lepaskan kami awal sebab 1st kelas kan so tak ada benda lagi nak diajar. Just sesi kenalkan diri je. So ada laa gap *ciss, tadi cakap tak ada gap.*

Semalam just kelas Mat, ELC, Geo dengan Physics. Aku sebenarnya agak shocked juga bila dapat tahu course aku ada fizik. Bila aku fikir balik, boleh ke aku bawa course ni? Mampu ke aku? Pelbagai persoalan yang timbul. Add math pun ada. Masa diberi taklimat malam semalam, abang senior yang sama course dengan aku cakap ramai siswi yang kantoi subjek pre calculus so diorang repeat paper. Ada yang extend. Aku jadi terkelu. Ya Allah, harap harap aku bukan salah satu dari para siswi yang kantoi subjek pre calculus. Satu subjek pun aku tak nak repeat. InsyaAllah. Nak tak nak, aku dah daftar course ni so aku kena go on. 

Sedar tak sedar, dah 4 hari aku kat UiTM ni. Seriously aku still dalam mood homesick. Ya, biasa laa tu kan. Tinggal jauh dari family buat aku rasa sedih sangat. Aku tak pernah pisah lelama and jauh ceni dengan family. Tak pernah duduk asrama, tak pernah puasa kat tempat orang. Bila fikir balik, nak jatuh air mata aku. Kat sini, semua kena buat sendiri. Berdikari. Basuh baju pun guna tangan. 1st time buat, pehh lenguh tangan aku yang comel ni. Ada washing machine tapi malas pula nak turun bawah pergi bawa baldi kat machine tu. Korang percaya tak kalau aku cakap aku tak nangis lagi sampai hari ni? Tak percaya? Ada aku kesah? 
Memang itu kenyataannya. Aku just nak nangis but belum nangis. Ibu kat sana, hampir tiap malam nangis. Even ibu tak bagitau aku tapi aku baca komen komen ibu kat facebook, moment ibu kat wechat. Along pun rindu ibu, rindu masakan ibu, rindu rumah. Ibu tunggu along balik raya nanti na. 

Even homesick dan rasa nak balik and tak nak dah duduk sini, aku tetap rasa UiTM ni best. Bebas je. Dapat roomate pun baik, classmate pun peramah. Semua dari bermacam negeri. Roomate aku seorang dari Perlis, seorang lagi dari Ipoh. Bila roomate aku yang Perlis ni cakap bahasa dia, aku jadi terikut ikut dah. Bahasa dia aku boleh faham lagi tapi bila classmate aku yang dari kelantan tu kecek kelate, aku mula blank. Apa benda yang dia cakap ni? Aku faham sesikit je. Baru lagi kan kat sini, lelama nanti semua bahasa aku mahir bercakap. Haa balik selangor, aku cakap Perlis dengan depa. 

Ambil kau, panjang entry aku kali ni. Banyak sangat sebenarnya yang aku nak share dengan hangpa semua tapi tak apa aih. Next time pula na. Thanks sebab sudi baca cerita aku yang banyak merepek ni. Assalamualaikum :) 

No comments:

Post a Comment