Monday, June 16, 2014

FIFA World Cup

ASSALAMUALAIKUM

Title entry kali ni memang tengah hangat dibicarakan di corong corong radio mahupun di kaca televisyen. Macam pembaca berita. Ecewah. Nyampah. Tepat jam 2.30 PM ni, aku hupdated disebabkan aku tak boleh tidur. Aku sendiri pun tak faham dengan mata sendiri. Time free tak ada class ni, "dia" tak mahu tidur pula. Time aku busy ada class, jadual pack, time tu laa "dia" ngantuk. Padahal aku tidur lambat malam tadi sebab tengok FIFA WORLD CUP weh! First time sebenarnya aku tengok. Sebelum ni kat rumah pun tak pernah tengok sebab tak ada kawan nak tengok. Abah tak rajin nak bangun pepagi buta or berjaga sampai pagi semata-mata nak tengok benda tu. Malam tadi aku pergi dengan Nani (my roomate) sebab dia teringin sangat nak tengok. Aku pun memang nak tengok. Memandangkan class aku pada pagi tadi mula pukul 11 so aku pun terima laa pelawaan dia untuk pergi tengok. Tengok kat skrin besar ye korang, not TV xD . Memang gempak laa malam tadi. Dengan saingan sengitnya. Game pun best. Portugal vs German. Memang ramai yang datang tengok malam tadi.


Suasananya memang macam kat stadium. Sumpah best. Pengalaman pertama aku yang menarik kat UiTM Perlis ni :') . Bilangan para siswi yang tengok confirm tak seramai siswa. Aku sokong group mana? Haa rahsia laa. Yang dah tahu, PLEASE senyap. German menang dengan keputusan 4-0. Kalah teruk Portugal. Pehh memang senyap je penyokong Portugal malam tadi. Memula je excited. Dah masuk gol ketiga tu, memasing dah senyap. Tengok je. Adat laa tu kan. Nama pun game. Ada kalah, ada menang. Yang penting, Christiano Ronaldo sangat hensem malam tadi! Aaaaa melting aku :'D .


See. Raja muda Perlis pun ada mai taw. Habis dalam pukul 2 macam tu laa. Balik tu, aku cuci muka gosok gigi apa semua, terus landing and mimpi. Tak ingat pula aku mimpi apa malam tadi. First time aku tidur lambat sepanjang aku berada di sini. Ciss ayat.
Whatever it is, memang seronok sangat malam tadi. Lepas ni nak pergi tengok terus kat stadium. Sumpah teringin gila nak tengok kat stadium. Please someone bring me there :'( . Eh guwa dah ada lesen laa. Boleh drive sendiri. Okay thanks je laa kepada yang baru nak offer tadi. *ayat minta kaki*

NOTE : GUWA NAK TENGOK FIFA LAGI. BOLEH USHA ABANG SENIOR YANG HENSEM HENSEM LAGI xD

No comments:

Post a Comment